{"id":2839,"date":"2025-08-28T08:22:31","date_gmt":"2025-08-28T08:22:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2839"},"modified":"2025-08-28T08:22:31","modified_gmt":"2025-08-28T08:22:31","slug":"akta-hasutan-muhyiddin-dibenar-rujuk-persoalan-undang-undang-ke-mahkamah-persekutuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akta-hasutan-muhyiddin-dibenar-rujuk-persoalan-undang-undang-ke-mahkamah-persekutuan\/","title":{"rendered":"Akta Hasutan: Muhyiddin dibenar rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan"},"content":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yassin, berjaya dalam permohonannya untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan Akta Hasutan 1948 kepada Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n<p>Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan permohonan bekas perdana menteri itu mempunyai merit dan membangkitkan isu perlembagaan yang memerlukan penentuan mahkamah tertinggi itu.<\/p>\n<p>Mahkamah juga memberikan penangguhan sementara prosiding perbicaraan kes hasutan Muhyiddin sehingga keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n<p>Jamil berkata permohonan Presiden Bersatu itu memenuhi standard undang-undang untuk dirujuk.<\/p>\n<p>&#8220;Soalan undang-undang yang ingin dirujuk adalah berkaitan langsung dengan kes ini, dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan menyelesaikan perkara ini dengan pantas dan ekonomik.<\/p>\n<p>&#8220;Soalan-soalan ini juga kompleks dan memerlukan pertimbangan mahkamah tertinggi. Bantahan pihak responden (Jabatan Peguam Negara) terhadap permohonan Muhyiddin adalah tanpa merit,&#8221; jelasnya dalam penghakiman ringkas hari ini.<\/p>\n<p>Muhyiddin diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad, manakala Timbalan Pendakwa Raya Razali Che Ani mewakili AGC.<\/p>\n<p>Pada 4 April lalu, Muhyiddin memfailkan permohonan untuk merujuk soalan undang-undang berkenaan Akta Hasutan 1948, dengan mencabar kesahihan beberapa peruntukan akta tersebut.<\/p>\n<p>Beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membuat kenyataan hasutan ketika kempen pilihan raya kecil Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu, antara jam 10.30 malam dan 11.50 malam pada 14 Ogos tahun lalu.<\/p>\n<p>Muhyiddin didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000, penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yassin, berjaya dalam permohonannya untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan Akta Hasutan 1948 kepada Mahkamah Persekutuan. Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan permohonan bekas perdana menteri itu mempunyai merit dan membangkitkan isu perlembagaan yang memerlukan penentuan mahkamah tertinggi itu. Mahkamah juga memberikan penangguhan sementara prosiding perbicaraan kes hasutan Muhyiddin sehingga keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":83,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1105,73,1483,58,71,1350],"authors":[],"class_list":["post-2839","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akta-hasutan","tag-bersatu","tag-ceramah","tag-mahkamah","tag-muhyiddin","tag-pertuduhan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2839","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2839"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2839\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2840,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2839\/revisions\/2840"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/83"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2839"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2839"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2839"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2839"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}