{"id":2866,"date":"2025-08-29T08:14:33","date_gmt":"2025-08-29T08:14:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2866"},"modified":"2025-08-29T08:14:33","modified_gmt":"2025-08-29T08:14:33","slug":"pakar-ekonomi-bank-dunia-iktiraf-usaha-malaysia-bawa-rakyat-keluar-dari-kemiskinan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pakar-ekonomi-bank-dunia-iktiraf-usaha-malaysia-bawa-rakyat-keluar-dari-kemiskinan\/","title":{"rendered":"Pakar ekonomi Bank Dunia iktiraf usaha Malaysia bawa rakyat keluar dari kemiskinan"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, menyenaraikan tiga kejayaan besar ekonomi Malaysia yang patut dibanggakan rakyat negara ini walaupun kurang mendapat perhatian.<\/p>\n<p>Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia itu berkata, kejayaan pertama ialah pengurangan ketara kadar kemiskinan sejak merdeka apabila hampir separuh penduduk dianggap miskin sepuluh tahun selepas merdeka, tetapi kini hanya kira-kira enam peratus rakyat Malaysia hidup dalam kemiskinan.<\/p>\n<p>&#8220;Ini bermakna lebih 14 juta rakyat Malaysia telah berjaya keluar dari kemiskinan.<\/p>\n<p>\u201cPencapaian ini sangat luar biasa dan berjaya dicapai tanpa wujudnya kawasan setinggan kekal seperti di negara lain,&#8221; katanya melalui hantaran di platform X.<\/p>\n<p>Kejayaan kedua yang dinyatakan ialah kemampuan Malaysia mempelbagaikan ekonominya.<\/p>\n<p>Menurut Apurva, tahap kerumitan ekonomi Malaysia mengatasi semua negara lain yang bergantung kepada komoditi pada tahap pendapatan yang sama ketika merdeka.<\/p>\n<p>&#8220;Pada awal 1960-an, 95 peratus eksport Malaysia terdiri daripada komoditi asas. Kini, angka itu menurun kepada hanya 30 peratus,&#8221; jelas beliau.<\/p>\n<p>Beliau juga membandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia yang kini 3.6 kali ganda lebih tinggi daripada Filipina dan sembilan kali ganda lebih tinggi daripada Zambia, walaupun ketiga-tiga negara bermula pada tahap pembangunan yang hampir sama.<\/p>\n<p>Kejayaan ketiga yang diketengahkan ialah peranan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi halal global.<\/p>\n<p>Apurva menegaskan bahawa pensijilan dan piawaian halal Malaysia kini menjadi penanda aras global dan rujukan bagi negara-negara lain.<\/p>\n<p>&#8220;Ketiga-tiga kejayaan ini adalah pencapaian besar yang sepatutnya dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, menyenaraikan tiga kejayaan besar ekonomi Malaysia yang patut dibanggakan rakyat negara ini walaupun kurang mendapat perhatian. Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia itu berkata, kejayaan pertama ialah pengurangan ketara kadar kemiskinan sejak merdeka apabila hampir separuh penduduk dianggap miskin sepuluh tahun selepas merdeka, tetapi kini hanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2867,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1494,1495,68,897,1229],"authors":[],"class_list":["post-2866","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bank-dunia","tag-dr-apurva-sangh","tag-ekonomi","tag-kdnk","tag-kemiskinan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2866","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2866"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2866\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2868,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2866\/revisions\/2868"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2867"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2866"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2866"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2866"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2866"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}