{"id":2875,"date":"2025-08-29T10:12:33","date_gmt":"2025-08-29T10:12:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2875"},"modified":"2025-08-29T10:12:33","modified_gmt":"2025-08-29T10:12:33","slug":"kerajaan-terus-usaha-bangunkan-perumahan-daif-meskipun-ruu-psb-ditangguh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-terus-usaha-bangunkan-perumahan-daif-meskipun-ruu-psb-ditangguh\/","title":{"rendered":"Kerajaan terus usaha bangunkan perumahan daif meskipun RUU PSB ditangguh"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berundur daripada tanggungjawab membangunkan semula kawasan perumahan daif meskipun Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 ditangguhkan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menekankan kerajaan tidak boleh memejamkan mata terhadap keadaan ratusan ribu rakyat yang masih terperangkap dalam perumahan usang dan tidak selamat.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tidak boleh membiarkan rakyat miskin terus hidup dalam kediaman lama yang retak, sempit dan tidak selamat. Ramai keluarga Melayu, Cina dan India masih hidup dalam keadaan amat daif,&#8221; katanya semasa merasmikan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) Seksyen 1 dari Sungai Long ke Ampang hari ini.<\/p>\n<p>Anwar menjelaskan erajaan memahami kebimbangan sebahagian penduduk, tetapi menegaskan bahawa kepentingan majoriti harus diutamakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terbanyak.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan mesti berani membuat keputusan termasuk menyediakan rumah baharu secara percuma dengan pampasan adil.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu hanya kerana segelintir menolak, ratusan keluarga lain terpaksa terperangkap dalam keadaan tidak manusiawi,&#8221; tegasnya.<\/p>\n<p>Anwar juga menolak dakwaan bahawa RUU PSB akan mengundang risiko perubahan demografi atau menguntungkan pihak tertentu.<\/p>\n<p>&#8220;RUU ini bertujuan memastikan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana mendapat rumah lebih selesa. Kita akan pertahan kepentingan semua kaum dalam pembangunan,&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p>Mengenai isu ambang persetujuan 80 peratus yang mencetuskan kontroversi, Anwar menjelaskan: &#8220;Jika 80 peratus penduduk bersetuju, kita tidak boleh membiarkan 20 peratus menghalang kemajuan majoriti. Namun mereka yang berpindah mesti diberi rumah selesa, pampasan sewajarnya dan jaminan keselamatan sosial.&#8221;<\/p>\n<p>Anwar mengingatkan semua wakil rakyat agar tidak hanya bercakap berdasarkan teori, tetapi perlu turun ke padang untuk melihat sendiri kesusahan hidup yang dialami oleh rakyat.<\/p>\n<p>Pembangunan negara, katanya, tidak boleh hanya diukur melalui projek mega semata-mata, tetapi mesti selari dengan peningkatan kualiti hidup rakyat terbanyak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berundur daripada tanggungjawab membangunkan semula kawasan perumahan daif meskipun Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 ditangguhkan. Perdana Menteri menekankan kerajaan tidak boleh memejamkan mata terhadap keadaan ratusan ribu rakyat yang masih terperangkap dalam perumahan usang dan tidak selamat. &#8220;Kita tidak boleh membiarkan rakyat miskin terus hidup dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2876,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,1501,1500,18,1439,310],"authors":[],"class_list":["post-2875","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-daif","tag-perumahan","tag-pmx","tag-psb","tag-ruu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2875","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2875"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2875\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2877,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2875\/revisions\/2877"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2876"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2875"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2875"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2875"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2875"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}