{"id":2893,"date":"2025-08-30T14:20:33","date_gmt":"2025-08-30T14:20:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2893"},"modified":"2025-08-30T14:20:33","modified_gmt":"2025-08-30T14:20:33","slug":"kempen-diskaun-saman-trafik-50-peratus-bermula-esok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kempen-diskaun-saman-trafik-50-peratus-bermula-esok\/","title":{"rendered":"Kempen diskaun saman trafik 50 peratus bermula esok"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan yang menawarkan pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus mulai 31 Ogos hingga 16 September 2025.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata tawaran diskaun ini khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai simbol penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan diskaun ini hanya boleh dinikmati melalui pembayaran dalam aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID bagi memastikan keselamatan dan ketelusan transaksi.<\/p>\n<p>&#8220;Inisiatif ini bukan sahaja meraikan pencapaian negara, tetapi juga memberi manfaat langsung kepada rakyat serta menggalakkan penggunaan identiti digital nasional sebagai asas transformasi digital perkhidmatan awam,&#8221; katanya dalam kenyataan pada Sabtu.<\/p>\n<p>Saifuddin menyeru semua rakyat Malaysia merebut peluang ini sambil menyokong usaha kerajaan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan moden.<\/p>\n<p>Beliau menekankan MyDigital ID merupakan kaedah pengesahan identiti digital yang sah dan dilindungi, yang mampu mengurangkan risiko penipuan identiti serta penyalahgunaan maklumat peribadi.<\/p>\n<p>Pelaksanaan kempen ini menurutnya, menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan sambil memajukan agenda digitalisasi negara selaras dengan semangat kemerdekaan dan kemajuan Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan yang menawarkan pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus mulai 31 Ogos hingga 16 September 2025. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata tawaran diskaun ini khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai simbol penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2894,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1508,22,43,20,290,1507],"authors":[],"class_list":["post-2893","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-diskaun","tag-kdn","tag-pdrm","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-saman","tag-trafik"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2893","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2893"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2893\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2895,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2893\/revisions\/2895"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2894"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2893"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2893"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2893"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2893"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}