{"id":2939,"date":"2025-09-01T05:04:03","date_gmt":"2025-09-01T05:04:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2939"},"modified":"2025-09-01T05:04:03","modified_gmt":"2025-09-01T05:04:03","slug":"pm-hargai-komitmen-dan-kesungguhan-petugas-sambutan-hari-kebangsaan-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pm-hargai-komitmen-dan-kesungguhan-petugas-sambutan-hari-kebangsaan-2025\/","title":{"rendered":"PM hargai komitmen dan kesungguhan petugas sambutan Hari Kebangsaan 2025"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim, telah menyampaikan penghargaan yang tinggi atas komitmen serta kesungguhan semua petugas yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menyifatkan penganjuran sambutan tersebut sebagai luar biasa dan menekankan kehadiran ratusan ribu rakyat ke acara tahunan itu melambangkan kekuatan sebenar perpaduan di Malaysia.<\/p>\n<p>Anwar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas keselamatan, sukarelawan, penjawat awam serta mereka yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan dengan penuh dedikasi.<\/p>\n<p>Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir untuk bersama-sama meraikan detik bermakna itu sebagai satu rakyat dan satu negara.<\/p>\n<p>\u201cKehadiran dan komitmen semua pihak melambangkan kekuatan sebenar Malaysia \u2013 kekuatan yang lahir daripada perpaduan, saling menghormati, dan rasa cinta terhadap tanah air tercinta ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh warna-warni, mencerminkan semangat patriotik rakyat yang tidak pernah luntur.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, sambutan tahun ini bertemakan &#8216;Malaysia Madani: Rakyat Disantuni&#8217;, yang menekankan komitmen kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan, selaras dengan prinsip Malaysia Madano berteraskan perpaduan, kesejahteraan, dan nilai kemanusiaan.<\/p>\n<p>Acara kemuncak sambutan tersebut ialah perbarisan dan perarakan yang membabitkan 14,062 peserta, menampilkan pancaragam, aset hidup, kenderaan serta kontinjen daripada pelbagai sektor utama negara termasuk ekonomi, telekomunikasi, industri kreatif, sukan dan keselamatan.<\/p>\n<p>Sambutan kali ini turut mencatat kelainan menerusi penyertaan julung kali Kontinjen Kepengerusian Asean 2025 sempena peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean, serta Kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).<\/p>\n<p>Acara turut disemarakkan dengan Persembahan Khas Malaysia Madani yang membabitkan 1,000 peserta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Persembahan Teres Grafik Manusia oleh 2,000 pelajar di bawah koordinasi Kementerian Pendidikan, selain pertunjukan bagpipe dan udara oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim, telah menyampaikan penghargaan yang tinggi atas komitmen serta kesungguhan semua petugas yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam. Perdana Menteri menyifatkan penganjuran sambutan tersebut sebagai luar biasa dan menekankan kehadiran ratusan ribu rakyat ke acara tahunan itu melambangkan kekuatan sebenar perpaduan di Malaysia. Anwar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2940,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1398,285,1528,18],"authors":[],"class_list":["post-2939","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-hari-kebangsaan","tag-madani","tag-petugas","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2939","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2939"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2939\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2941,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2939\/revisions\/2941"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2940"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2939"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2939"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2939"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2939"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}