{"id":2947,"date":"2025-09-01T08:45:27","date_gmt":"2025-09-01T08:45:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2947"},"modified":"2025-09-01T08:45:27","modified_gmt":"2025-09-01T08:45:27","slug":"asia-perlu-pimpin-tertib-ekonomi-global-baharu-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/asia-perlu-pimpin-tertib-ekonomi-global-baharu-anwar\/","title":{"rendered":"Asia perlu pimpin tertib ekonomi global baharu: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan Asia perlu memainkan peranan utama dalam membentuk tertib ekonomi global baharu dengan menulis agenda sendiri serta menentukan hala tuju masa depan.<\/p>\n<p>Semasa ucaptama di Universiti Tianjin, Perdana Menteri menekankan bahawa negara-negara Asia perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan lembaran seterusnya ekonomi dunia turut dicorakkan oleh kepentingan dan nilai Asia.<\/p>\n<p>Beliau berkata landskap ekonomi global yang kini dilanda gangguan berterusan, kebimbangan, dan polarisasi sepatutnya dijadikan peluang untuk mengukuhkan kerjasama antara negara.<\/p>\n<p>\u201cAsia adalah enjin pertumbuhan global, rumah kepada majoriti belia dunia, dan pusat kepada teknologi yang paling dinamik. Kita bukan objek dalam strategi pihak lain, tetapi penentu kepada takdir sendiri,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Anwar berkata, pelbagai penyusunan semula ekonomi global oleh Barat sebelum ini menunjukkan bahawa masa depan perlu ditulis dengan &#8216;dakwat Asia&#8217;.<\/p>\n<p>Beliau memberi contoh seperti penubuhan sistem monetari antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua, pengakhiran piawaian emas pada 1971, dan langkah Amerika Syarikat melaksanakan tarif timbal balik baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cSetiap penyusunan semula ini ditulis jauh dari \u2018pantai\u2019 kami. Asia hadir, tetapi bukan pengarangnya. Hari ini, kami mesti memastikan bab seterusnya ditulis dengan bahasa dan dakwat Asia,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Anwar juga merujuk kepada amaran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menjangkakan kerugian pendapatan sehingga 12 peratus bagi sesetengah negara akibat pemecahan perdagangan dan penyahgandingan teknologi.<\/p>\n<p>Sebagai penyelesaian, Anwar mencadangkan konsep \u2018kesalingbergantungan berdaulat\u2019 (sovereign interdependence) yang membolehkan negara mengekalkan kedaulatan sambil terbuka kepada perdagangan, pelaburan, bakat, dan teknologi.<\/p>\n<p>Beliau mengambil contoh Laksamana Zheng He dari China yang membawa semangat pertukaran dan bukannya penaklukan ketika melawat Melaka suatu ketika dahulu.<\/p>\n<p>\u201cKita perlu merangka kesalingbergantungan yang mengukuhkan kedaulatan, bukan melemahkannya. Saling bergantung tidak sepatutnya menimbulkan kebimbangan terhadap autonomi, tetapi memberi keyakinan terhadap daya tahan negara,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Anwar menyeru China, sebagai kuasa tamadun, untuk memimpin ke arah keterbukaan, kestabilan, dan inklusiviti rantau Asia.<\/p>\n<p>Malaysia pula, katanya, sedia membuat sumbangan dengan menunjukkan bahawa adalah mungkin untuk berdaulat tanpa curiga dan terbuka tanpa naif.<\/p>\n<p>Lawatan beliau ke Universiti Tianjin turut diserikan dengan sesi soal jawab bersama pelajar. Universiti tersebut merupakan antara institusi pengajian tinggi tertua di China dan menjadi tuan rumah kepada ramai pelajar Malaysia, termasuk yang mengikuti program dwi-ijazah dengan Universiti Malaysia Pahang.<\/p>\n<p>Anwar kini berada dalam lawatan kerja selama empat hari ke China, merupakan lawatan keempat beliau sejak tahun 2023.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan Asia perlu memainkan peranan utama dalam membentuk tertib ekonomi global baharu dengan menulis agenda sendiri serta menentukan hala tuju masa depan. Semasa ucaptama di Universiti Tianjin, Perdana Menteri menekankan bahawa negara-negara Asia perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan lembaran seterusnya ekonomi dunia turut dicorakkan oleh kepentingan dan nilai Asia. Beliau berkata landskap ekonomi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2948,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,189,48,197,1535],"authors":[],"class_list":["post-2947","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-china","tag-lawatan","tag-perdana-menteri","tag-universiti-tianjin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2947","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2947"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2947\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2949,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2947\/revisions\/2949"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2948"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2947"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2947"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2947"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2947"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}