{"id":2950,"date":"2025-09-01T08:52:34","date_gmt":"2025-09-01T08:52:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2950"},"modified":"2025-09-01T08:52:34","modified_gmt":"2025-09-01T08:52:34","slug":"kes-rasuah-felcra-bung-moktar-dan-zizie-izette-akan-bela-diri-esok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-rasuah-felcra-bung-moktar-dan-zizie-izette-akan-bela-diri-esok\/","title":{"rendered":"Kes rasuah Felcra: Bung Moktar dan Zizie Izette akan bela diri esok"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan esok untuk mendengar keterangan bela diri pemimpin UMNO Sabah, Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad yang menghadapi tiga pertuduhan rasuah melibatkan jumlah RM2.8 juta.<\/p>\n<p>Proses pembelaan itu akan berlangsung di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 2 hingga 4 September dan disambung semula pada 24 hingga 26 September ini.<\/p>\n<p>Prosiding yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan berikutan peguam pasangan terbabit, K. Kumaraendran, tidak sihat dan masih menerima rawatan.<\/p>\n<p>Menurut peguam Teh See Khoon yang mewakili Zizie Izette, penangguhan itu berlaku ekoran keadaan kesihatan Kumaraendran yang didapati mempunyai cecair dalam paru-parunya.<\/p>\n<p>Pada 22 Mei lalu, Bung Moktar dan Zizie Izette gagal dalam permohonan semakan di Mahkamah Rayuan untuk mencabar keputusan yang memerintahkan mereka membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan rasuah tersebut.<\/p>\n<p>Keputusan itu mengukuhkan perintah yang dikeluarkan oleh panel rayuan pada 18 November tahun lalu, yang membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan kedua-dua mereka pada 7 September 2023.<\/p>\n<p>Sebelum ini, pada 2 September 2022, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.<\/p>\n<p>Bung Moktar yang berusia 65 tahun dan merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad pada masa itu, didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melaburkan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.<\/p>\n<p>Beliau juga didakwa memperoleh rasuah berjumlah RM337,500 daripada seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar, melalui akaun dana unit amanah yang didaftarkan atas nama Zizie Izette.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan esok untuk mendengar keterangan bela diri pemimpin UMNO Sabah, Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad yang menghadapi tiga pertuduhan rasuah melibatkan jumlah RM2.8 juta. Proses pembelaan itu akan berlangsung di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 2 hingga 4 September dan disambung semula pada 24 hingga 26 September [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":280,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1538,148,1537,58,24,21,1536],"authors":[],"class_list":["post-2950","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bela-diri","tag-bung-moktar","tag-felcra","tag-mahkamah","tag-rasuah","tag-sprm","tag-zizie-izette"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2950","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2950"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2950\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2951,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2950\/revisions\/2951"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/280"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2950"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2950"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2950"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2950"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}