{"id":2960,"date":"2025-09-02T03:31:23","date_gmt":"2025-09-02T03:31:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2960"},"modified":"2025-09-02T03:31:23","modified_gmt":"2025-09-02T03:31:23","slug":"mof-rekod-transaksi-sara-sebanyak-rm110-juta-dalam-dua-hari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mof-rekod-transaksi-sara-sebanyak-rm110-juta-dalam-dua-hari\/","title":{"rendered":"MOF rekod transaksi SARA sebanyak RM110 juta dalam dua hari"},"content":{"rendered":"<p>Program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencatatkan jumlah transaksi sebanyak RM110 juta dalam tempoh dua hari pertama pelaksanaannya bermula 1 September lalu.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) yang dikeluarkan malam tadi, sehingga pukul 9.30 malam, lebih 900,000 rakyat melakukan perbelanjaan berjumlah RM60 juta di seluruh negara.<\/p>\n<p>&#8220;Secara keseluruhannya, lebih 1.7 juta penerima telah berbelanja dalam tempoh dua hari dengan nilai jualan mencecah RM110 juta di seluruh negara,&#8221; jelas kenyataan tersebut.<\/p>\n<p>MOF memaklumkan bahawa peningkatan kapasiti sistem oleh MyKasih berikutan ledakan transaksi semalam telah membolehkan 20 peratus lebih banyak transaksi diproses pada hari kedua.<\/p>\n<p>Walaupun begitu, sistem masih mengalami kesesakan pemprosesan di beberapa lokasi tertentu, terutama di pasar raya besar di bandar pada waktu puncak antara pukul 1.00 tengah hari hingga 2.30 petang.<\/p>\n<p>Bagi menguruskan situasi ini, petugas MyKasih telah ditempatkan di pasar raya besar untuk membantu menyelesaikan isu secara terus di lapangan dan memberikan sokongan kepada para peniaga.<\/p>\n<p>Kementerian turut menasihatkan orang ramai agar merancang pembelian pada waktu bukan puncak, seperti waktu pagi pada hari bekerja, bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kelancaran urusan pembelian.<\/p>\n<p>Kredit RM100 Penghargaan SARA yang disalurkan ke dalam MyKad penerika akan kekal sah sehingga 31 Disember tahun ini dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencatatkan jumlah transaksi sebanyak RM110 juta dalam tempoh dua hari pertama pelaksanaannya bermula 1 September lalu. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) yang dikeluarkan malam tadi, sehingga pukul 9.30 malam, lebih 900,000 rakyat melakukan perbelanjaan berjumlah RM60 juta di seluruh negara. &#8220;Secara keseluruhannya, lebih 1.7 juta penerima telah berbelanja dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2936,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[285,482,1516,1004],"authors":[],"class_list":["post-2960","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-madani","tag-mof","tag-rahmah","tag-sara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2960","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2960"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2960\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2961,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2960\/revisions\/2961"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2936"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2960"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2960"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2960"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2960"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}