{"id":2965,"date":"2025-09-02T03:44:38","date_gmt":"2025-09-02T03:44:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2965"},"modified":"2025-09-02T03:44:38","modified_gmt":"2025-09-02T03:44:38","slug":"prn-sabah-bn-fokus-pertahankan-12-kerusi-jika-tiada-kerjasama-grs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-sabah-bn-fokus-pertahankan-12-kerusi-jika-tiada-kerjasama-grs\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: BN fokus pertahankan 12 kerusi jika tiada kerjasama GRS"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) akan menumpukan usaha untuk mempertahankan kesemua 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya sebelum ini sekiranya gagal mencapai persefahaman dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya sudah memantap dan memuktamadkan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH), namun perbincangan dengan GRS masih belum mencapai kata sepakat.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini kita menghormati kerjasama antara PH dengan GRS. Yang penting ialah soal kemenangan.<\/p>\n<p>\u201cKita lebih menumpukan kepada kerusi-kerusi yang kita menangi dan itulah tujuan kita,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengingatkan BN akan tetap menggunakan lambang parti sendiri dalam PRN-17 di Sabah tidak kira sama ada wujud atau tidak persefahaman dengan parti kerajaan negeri tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKalau perkara itu (kerjasama BN-GRS) tidak dapat diselesaikan, pegangan kita tidak akan menggunakan apa-apa lambang lain, kita akan terus pakai lambang BN,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Mengenai persediaan BN, Zahid memberitahu bahawa jentera pilihan rayanya telah digerakkan lebih awal bagi menghadapi PRN-17 di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cKita di semua 73 Dewan Undangan Negeri Sabah telah kita gerakkan sekian lama, dan kita sedang melihat kawasan-kawasan tumpuan yang akan kita berikan perhatian,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Pertemuan antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Zahid dan Pengerusi GRS Hajiji Noor diadakan pada 18 Ogos lalu di Putrajaya bagi membincangkan kerjasama menjelang PRN-17.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) akan menumpukan usaha untuk mempertahankan kesemua 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya sebelum ini sekiranya gagal mencapai persefahaman dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya sudah memantap dan memuktamadkan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH), namun perbincangan dengan GRS [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":822,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,409,151,1509,100,1311,146],"authors":[],"class_list":["post-2965","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-dun","tag-grs","tag-hajiji-noor","tag-kerusi","tag-prn-sabah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2965","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2965"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2965\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2966,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2965\/revisions\/2966"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/822"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2965"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2965"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2965"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2965"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}