{"id":2983,"date":"2025-09-02T10:57:12","date_gmt":"2025-09-02T10:57:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2983"},"modified":"2025-09-02T10:57:12","modified_gmt":"2025-09-02T10:57:12","slug":"bung-moktar-nafi-tahu-wang-rm2-8-juta-masuk-akaun-isteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bung-moktar-nafi-tahu-wang-rm2-8-juta-masuk-akaun-isteri\/","title":{"rendered":"Bung Moktar nafi tahu wang RM2.8 juta masuk akaun isteri"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa tidak mengetahui mengenai penerimaan wang RM2.8 juta ke dalam akaun isterinya, Zizie Izette A Samad, yang didakwa sebagai rasuah berkaitan pelaburan Felcra.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah membuat pengakuan itu ketika membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah melibatkan pelaburan Felcra Berhad bernilai RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual kira-kira sepuluh tahun lalu.<\/p>\n<p>Bung Moktar menegaskan tidak pernah menerima sebarang wang rasuah sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad.<\/p>\n<p>&#8220;Tiada bukti dalam bentuk rakaman, gambar atau dokumen yang menunjukkan saya menerima wang tersebut. Saya juga tidak mengetahui mengenai wang yang diterima oleh isteri saya,&#8221; katanya ketika disoal oleh peguamnya, Ridha Abdah Subri.<\/p>\n<p>Beliau menambah hanya mengetahui mengenai isu tersebut apabila dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar tahun 2016 atau 2017.<\/p>\n<p>Bung Moktar turut menjelaskan tidak campur tangan dalam urusan kewangan isterinya sejak mereka berkahwin.<\/p>\n<p>&#8220;Wang isteri saya adalah urusan peribadinya dan saya tidak pernah mengarahkannya untuk menerima sebarang wang bagi pihak saya,&#8221; tegasnya.<\/p>\n<p>Bung Moktar didakwa pada 3 Mei 2019 atas tiga tuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta yang didakwa diterima sebagai dorongan untuk meluluskan pelaburan RM150 juta Felcra dalam unit amanah Public Mutual.<\/p>\n<p>Jika sabit kesalahan, beliau boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.<\/p>\n<p>Isterinya, Zizie Izette, juga menghadapi tiga tuduhan bersubahat dalam kes yang sama.<\/p>\n<p>Perbicaraan akan diteruskan pada Rabu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa tidak mengetahui mengenai penerimaan wang RM2.8 juta ke dalam akaun isterinya, Zizie Izette A Samad, yang didakwa sebagai rasuah berkaitan pelaburan Felcra. Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah membuat pengakuan itu ketika membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah melibatkan pelaburan Felcra Berhad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":280,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[148,1537,504,24,102,21,146,1536],"authors":[],"class_list":["post-2983","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bung-moktar","tag-felcra","tag-pelaburan","tag-rasuah","tag-sabah","tag-sprm","tag-umno","tag-zizie-izette"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2983","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2983"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2983\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2984,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2983\/revisions\/2984"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/280"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2983"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2983"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2983"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2983"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}