{"id":3012,"date":"2025-09-03T08:13:25","date_gmt":"2025-09-03T08:13:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3012"},"modified":"2025-09-03T19:28:51","modified_gmt":"2025-09-03T19:28:51","slug":"dewan-negara-sprm-sahkan-tiada-salah-guna-kuasa-dalam-projek-mykiosk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dewan-negara-sprm-sahkan-tiada-salah-guna-kuasa-dalam-projek-mykiosk\/","title":{"rendered":"Dewan Negara: SPRM sahkan tiada salah guna kuasa dalam Projek MyKiosk"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau salah guna kuasa dalam pelaksanaan Program MyKiosk berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n<p>Timbalan Menteri KPKT, Aiman Athirah Sabu berkata siasatan SPRM yang dijalankan susulan aduan yang diterima sebelum ini mendapati program tersebut hanya memerlukan beberapa penambahbaikan dari aspek tadbir urus.<\/p>\n<p>\u201cHasil siasatan SPRM yang diumumkan pada 3 Julai mendapati tiada sebarang elemen jenayah atau salah guna kuasa dikesan, sebaliknya hanya mencadangkan beberapa penambahbaikan dari aspek tadbir urus,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan KPKT telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada SPRM pada 22 Mei lalu sebagai bukti ketelusan dan integriti kementerian.<\/p>\n<p>Menurut Aiman Athirah, Program MyKiosk 1.0 pada tahun 2023 telah memperuntukkan RM50 juta untuk pembinaan 3,189 unit kios dengan kos sebanyak RM48.18 juta.<\/p>\n<p>Manakala untuk tahun 2024, Program MyKiosk 2.0 memperoleh peruntukan RM100 juta bagi membina 4,054 unit kios berharga RM98.75 juta.<\/p>\n<p>Sehingga kini, kadar pengisian unit untuk MyKiosk 1.0 telah mencapai 94.39 peratus manakala MyKiosk 2.0 mencatatkan 89.07 peratus pengisian.<\/p>\n<p>Beberapa faktor seperti kesesuaian lokasi, kekurangan infrastruktur asas dan keadaan tapak yang belum siap dikenal pasti sebagai punca unit-unit yang masih kosong.<\/p>\n<p>Bagi menangani isu tersebut, KPKT telah menubuhkan pasukan petugas dalaman untuk meneliti lokasi dan mempercepatkan proses pengisian, selain menjalankan lawatan pemantauan bersepadu dan sesi libat urus bersama.<\/p>\n<p>Sebagai langkah penambahbaikan, KPKT akan memperkenalkan sistem pemantauan berasaskan kaedah Traffic Light mulai tahun 2025 untuk menilai prestasi pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam pelaksanaan program ini.<\/p>\n<p>Kos pembinaan bagi setiap unit MyKiosk 1.0 ialah RM15,000 manakala MyKiosk 2.0 berharga RM25,000 seunit dengan penambahan spesifikasi baharu termasuk panel solar 100 watt, dinding powdercoated, sistem kalis air, dan pertambahan sudut keluasan.<\/p>\n<p>KPKT juga membenarkan PBT membuat penempatan semula kios ke lokasi yang lebih strategik memandangkan reka bentuk MyKiosk yang mudah alih dan boleh disesuaikan dengan keperluan setempat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau salah guna kuasa dalam pelaksanaan Program MyKiosk berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Timbalan Menteri KPKT, Aiman Athirah Sabu berkata siasatan SPRM yang dijalankan susulan aduan yang diterima sebelum ini mendapati program tersebut hanya memerlukan beberapa penambahbaikan dari aspek tadbir urus. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1208,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1562,996,207,206,685,24],"authors":[],"class_list":["post-3012","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aiman-athirah-sabu","tag-ketirisan","tag-kpkt","tag-mykiosk","tag-projek","tag-rasuah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3012","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3012"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3012\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3013,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3012\/revisions\/3013"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1208"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3012"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3012"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3012"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3012"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}