{"id":3033,"date":"2025-09-04T04:23:18","date_gmt":"2025-09-04T04:23:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3033"},"modified":"2025-09-04T04:23:18","modified_gmt":"2025-09-04T04:23:18","slug":"mahkamah-tolak-permohonan-injunksi-ke-atas-malaysianow","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahkamah-tolak-permohonan-injunksi-ke-atas-malaysianow\/","title":{"rendered":"Mahkamah tolak permohonan injunksi ke atas MalaysiaNow"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan injunksi Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, untuk menghalang portal berita MalaysiaNow daripada menerbitkan artikel berkaitan satu skandal perlombongan di Sabah.<\/p>\n<p>Hakim Noor Hayati Mat membuat keputusan itu setelah memutuskan bahawa ahli perniagaan tersebut bersama dua plaintif lain gagal membuktikan pembelaan yang dikemukakan oleh defendan, MalaysiaNow dan editornya Abd Ar-Rahman Koya, adalah tidak berasas.<\/p>\n<p>Peguam MalaysiaNow, Rajesh Nagarajan, memaklumkan bahawa mahkamah berpendapat bukan menjadi tanggungjawabnya untuk memutuskan sama ada sesuatu kenyataan itu fitnah atau tidak pada peringkat awal ini.<\/p>\n<p>&#8220;Hakim juga menyatakan bahawa isu berkaitan kekukuhan pembelaan kami akan diputuskan selepas perbicaraan kes itu dijalankan.<\/p>\n<p>\u201cHakim mendapati bukan menjadi tanggungjawab mahkamah untuk memutuskan sama ada kenyataan tersebut adalah fitnah atau sebaliknya pada peringkat awal ini,\u201d katanya dipetik laporan portal Malaysiakini.<\/p>\n<p>Beliau menambah, mahkamah juga mendapati bahawa pembelaan defendan tidak kelihatan palsu, justeru permohonan injunksi sementara tidak diperlukan.<\/p>\n<p>Hakim turut memerintahkan Farhash dan plaintif lain untuk membayar kos berjumlah RM5,000 kepada defendan.<\/p>\n<p>Dengan keputusan ini, MalaysiaNow dibenarkan untuk mengekalkan penerbitan artikel berkenaan buat masa ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, peguam pihak plaintif, Rajan Navaratnam, mengesahkan mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.<\/p>\n<p>Pada 21 Ogos lalu, Farhash, syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhd, dan seorang lagi individu, Mohd Aminudin Mustapha, memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM10 juta daripada MalaysiaNow.<\/p>\n<p>Mereka mendakwa artikel portal itu telah mencemar reputasi dan menggambarkan seolah-olah mereka menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan lesen perlombongan secara haram.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan injunksi Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, untuk menghalang portal berita MalaysiaNow daripada menerbitkan artikel berkaitan satu skandal perlombongan di Sabah. Hakim Noor Hayati Mat membuat keputusan itu setelah memutuskan bahawa ahli perniagaan tersebut bersama dua plaintif lain gagal membuktikan pembelaan yang dikemukakan oleh defendan, MalaysiaNow dan editornya Abd Ar-Rahman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1553,602,58,1192,290],"authors":[],"class_list":["post-3033","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-farhash-wafa-salvador","tag-injunksi","tag-mahkamah","tag-malaysianow","tag-saman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3033","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3033"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3033\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3034,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3033\/revisions\/3034"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3033"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3033"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3033"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3033"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}