{"id":3042,"date":"2025-09-04T09:07:47","date_gmt":"2025-09-04T09:07:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3042"},"modified":"2025-09-04T09:07:47","modified_gmt":"2025-09-04T09:07:47","slug":"bank-negara-kekalkan-opr-pada-2-75-peratus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bank-negara-kekalkan-opr-pada-2-75-peratus\/","title":{"rendered":"Bank Negara kekalkan OPR pada 2.75 peratus"},"content":{"rendered":"<p>Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, berikutan prestasi ekonomi domestik yang kukuh, inflasi yang stabil, serta prospek pertumbuhan yang positif.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan bank pusat itu, ekonomi Malaysia menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus pada separuh pertama tahun 2025.<\/p>\n<p>Prestasi ini menjadikan Malaysia kekal di landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan antara 4.0 hingga 4.8 peratus bagi keseluruhan tahun ini.<\/p>\n<p>Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM menjangkakan momentum pertumbuhan ini akan berterusan sehingga tahun 2026, disokong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, peningkatan gaji, dan pelaburan berterusan daripada kedua-dua sektor swasta dan awam.<\/p>\n<p>\u201cPerbelanjaan isi rumah akan terus disokong oleh tahap penggajian yang kukuh, pertumbuhan gaji, dan langkah-langkah dasar berkaitan pendapatan.<\/p>\n<p>\u201cDari segi pelaburan, aktiviti dijangka berkembang berikutan kemajuan projek-projek berbilang tahun, realisasi pelaburan yang diluluskan, serta pelaksanaan inisiatif di bawah pelan induk negara dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),\u201d jelas BNM.<\/p>\n<p>Walaupun ekonomi global menunjukkan tanda-tanda positif yang didorong oleh perbelanjaan pengguna yang mampan dan pengurangan ketidaktentuan perdagangan, BNM turut mengingatkan tentang risiko berterusan daripada ketegangan geopolitik dan kemungkinan kenaikan tarif.<\/p>\n<p>Namun, bank pusat itu juga melihat potensi sokongan daripada rundingan perdagangan yang menggalakkan dan dasar pro-pertumbuhan di ekonomi utama dunia.<\/p>\n<p>Dari segi inflasi, tekanan harga kekal terkawal. Inflasi utama mencatatkan purata 1.4 peratus manakala inflasi teras berada pada 1.9 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun 2025. BNM menjangkakan inflasi akan kekal sederhana sehingga 2026, disokong oleh harga komoditi global yang semakin reda dan permintaan domestik yang stabil.<\/p>\n<p>\u201cPada tahap OPR semasa, MPC berpendirian bahawa dasar monetari adalah sesuai dan terus menyokong ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil,\u201d menurut kenyataan tersebut.<\/p>\n<p>Keputusan mengekalkan OR ini diharap dapat terus merangsang aktiviti ekonomi dan mengekalkan kestabilan makroekonomi negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, berikutan prestasi ekonomi domestik yang kukuh, inflasi yang stabil, serta prospek pertumbuhan yang positif. Menurut kenyataan bank pusat itu, ekonomi Malaysia menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus pada separuh pertama tahun 2025. Prestasi ini menjadikan Malaysia kekal di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1413,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[845,68,1573,846,765],"authors":[],"class_list":["post-3042","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bank-negara","tag-ekonomi","tag-kadar-faedah","tag-opr","tag-pinjaman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3042","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3042"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3042\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3043,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3042\/revisions\/3043"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1413"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3042"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3042"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3042"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3042"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}