{"id":3055,"date":"2025-09-05T06:55:37","date_gmt":"2025-09-05T06:55:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3055"},"modified":"2025-09-05T06:55:37","modified_gmt":"2025-09-05T06:55:37","slug":"lelaki-dicekup-polis-thailand-bawa-senjata-pdrm-siasat-kaitan-sindiket","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lelaki-dicekup-polis-thailand-bawa-senjata-pdrm-siasat-kaitan-sindiket\/","title":{"rendered":"Lelaki dicekup polis Thailand bawa senjata, PDRM siasat kaitan sindiket"},"content":{"rendered":"<p>Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan sama ada seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditahan di Thailand baru-baru ini kerana menyeludup senjata api mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah terancang atau sekadar berperanan sebagai &#8216;transporter&#8217; (pengangkut) upahan.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan pihaknya telah menerima taklimat lengkap daripada polis berhubung kes tersebut.<\/p>\n<p>Menurutnya, tangkapan itu dibuat hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia, sama ada di peringkat kerajaan mahupun agensi penguatkuasaan.<\/p>\n<p>\u201cTangkapan dibuat di Thailand atas hubungan baik antara kedua-dua negara. Oleh sebab tangkapan dibuat di sana, pihak berkuasa Thailand akan menjalankan siasatan penuh.<\/p>\n<p>\u201cKebiasaannya, mereka akan memaklumkan perkembangan kes kepada kita,\u201d kata Saifuddin dipetik media.<\/p>\n<p>Beliau menambah, PDRM turut menjalankan &#8216;profiling&#8217; terhadap suspek bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai latar belakang dan motifnya.<\/p>\n<p>Siasatan awal setakat ini mendapati suspek tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah besar atau rangkaian terancang, namun fokus penyiasatan adalah untuk menentukan sama ada dia bertindak sebagai orang upahan atau sebahagian daripada jaringan yang lebih besar.<\/p>\n<p>\u201cKita sahkan dia rakyat Malaysia dan tangkapan itu membabitkan senjata api serta peluru. Ini isu serius yang perlu disiasat hingga ke akar umbi,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan di Danok, Sadao, Thailand pada Sabtu lalu selepas polis menemui dua laras raifal M16 dan 450 butir peluru disembunyikan dalam keretanya.<\/p>\n<p>Suspek mengaku menerima upah RM10,000 untuk menyeludup senjata tersebut ke Malaysia.<\/p>\n<p>Saifuddin menegaskan setakat ini tiada bukti yang menghubungkan suspek dengan mana-mana kumpulan keganasan.<\/p>\n<p>Siasatan masih diteruskan bagi memastikan semua pihak yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan sama ada seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditahan di Thailand baru-baru ini kerana menyeludup senjata api mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah terancang atau sekadar berperanan sebagai &#8216;transporter&#8217; (pengangkut) upahan. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan pihaknya telah menerima taklimat lengkap daripada polis berhubung kes [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3056,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1583,43,20,1581,1582,1073],"authors":[],"class_list":["post-3055","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-m16","tag-pdrm","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-seludup","tag-senjata-api","tag-thailand"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3055","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3055"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3055\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3057,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3055\/revisions\/3057"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3056"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3055"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3055"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3055"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3055"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}