{"id":306,"date":"2025-05-23T04:33:12","date_gmt":"2025-05-23T04:33:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=306"},"modified":"2025-05-23T04:33:12","modified_gmt":"2025-05-23T04:33:12","slug":"nurul-izzah-tak-bermusuh-dengan-rafizi-tumpu-perkukuhkan-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/nurul-izzah-tak-bermusuh-dengan-rafizi-tumpu-perkukuhkan-parti\/","title":{"rendered":"Nurul Izzah tak bermusuh dengan Rafizi, tumpu perkukuhkan parti"},"content":{"rendered":"<p>Pertembungan dalam pemilihan PKR tidak menyebabkan Nurul Izzah Anwar bermusuh dengan rakan baiknya, Rafizi Ramli.<\/p>\n<p>Nurul Izzah yang juga calon Timbalan Presiden PKR itu berkata perkara yang penting adalah memastikan kedudukan parti tidak tergugat selepas pemilihan nanti dan mengambil positif bagi setiap keputusan yang akan terhasil nanti.<\/p>\n<p>\u201cSaya sudah beri peluang sepenuhnya sebagai seorang pengikut, saya tidak bertanding pada pemilihan lepas. Jadi, saya harapkan semangat sama apabila tiba giliran saya (menjadi pemimpin).<\/p>\n<p>\u201cKita perlu teruskan kerja bersama, jangan terlalu berkira siapa di atas. Apa salahnya jika ambil positif sebarang keputusan yang dicapai bersama,\u201d katanya pada Grand Finale: Bersama Membina Parti Kita di Hotel KSL malam tadi.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, semua ahli PKR perlu ikhlas apabila menjadi pengikut tetapi tidaklah sehingga taat secara membuta tuli.<\/p>\n<p>\u201cLihat rekod dan prestasi saya, saya bertanding empat kali di kawasan majoriti Melayu, Alhamdulillah saya menang tiga kali. Saya mungkin memilih berdiam diri dan tidak banyak bersuara tetapi percayalah saya akan lawan hingga hujung.<\/p>\n<p>\u201cMelihat keadaan kita ketika ini, percayalah musuh sebenar sedang bersorak, Jadi, walaupun ada rasa untuk menjawab (dakwaan pihak lain), tetapi kita perlu bertahan.<\/p>\n<p>\u201cRafizi (Rafizi Ramli) sahabat saya, dulu sekarang dan sampai bila-bila, mungkin pendekatan kami berbeza tetapi untuk menjadi pemimpin kita perlu atasi ego sendiri, itu cabaran buat saya juga,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Nurul Izzah mengakui, beliau memahami perasaan pihak yang tewas yang berasa sistem pemilihan seolah-olah sudah diatur dan tidak adil buat mereka.<\/p>\n<p>\u201cKita pandang serius dakwaan tersebut, jangan ambil ringan sebarang aduan dibuat perwakilan, adalah penting aduan mereka didengari tetapi saya serahkan itu kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP),\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertembungan dalam pemilihan PKR tidak menyebabkan Nurul Izzah Anwar bermusuh dengan rakan baiknya, Rafizi Ramli. Nurul Izzah yang juga calon Timbalan Presiden PKR itu berkata perkara yang penting adalah memastikan kedudukan parti tidak tergugat selepas pemilihan nanti dan mengambil positif bagi setiap keputusan yang akan terhasil nanti. \u201cSaya sudah beri peluang sepenuhnya sebagai seorang pengikut, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":182,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[12,267,14,9,8],"authors":[],"class_list":["post-306","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-nurul-izzah","tag-parti","tag-pemilihan","tag-pkr","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/306","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=306"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/306\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":307,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/306\/revisions\/307"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/182"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=306"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=306"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=306"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=306"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}