{"id":3062,"date":"2025-09-05T13:17:51","date_gmt":"2025-09-05T13:17:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3062"},"modified":"2025-09-05T13:17:51","modified_gmt":"2025-09-05T13:17:51","slug":"grs-kekal-bekerjasama-dengan-ph-tak-terkesan-ditolak-bn-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/grs-kekal-bekerjasama-dengan-ph-tak-terkesan-ditolak-bn-hajiji\/","title":{"rendered":"GRS kekal bekerjasama dengan PH, tak terkesan ditolak BN: Hajiji"},"content":{"rendered":"<p>Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) biarpun selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, berkata keputusan bekerjasama dengan PH telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS dengan mengambil kira komposisi kerajaan negeri yang sedia ada.<\/p>\n<p>&#8220;GRS sudah pun putuskan kerjasama kita dalam kerajaan sekarang ini kita teruskan bersama PH. Kerajaan sekarang ini adalah GRS dan PH,\u201d kata Hajiji dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Hajiji juga berkata GRS tidak terkesan dengan keputusan dibuat BN untuk tidak bekerjasama dengan mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Itu terpulang kepada BN dan UMNO (jika tidak mahu bekerjasama),\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat sebagai respons kenyataan Pengerusin BN, Ahmad Zahid Hamidi, semalam mengenai keputusan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS dalam PRN yang akan datang.<\/p>\n<p>Mengenai keadaan politik yang berbeza antara peringkat negeri dan pusat, Hajiji menjelaskan, &#8220;Ini bukan baru berlaku. Di Sabah, BN pembangkang dan di peringkat pusat, BN bersama (kerajaan). Ini biasalah dalam politik, terutama di Sabah.&#8221;<\/p>\n<p>Beliau juga berkata bahawa GRS belum membuat keputusan muktamad mengenai kemungkinan untuk bekerjasama dengan BN pada masa hadapan, dan akan membuat pengumuman rasmi selepas perbincangan selesai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) biarpun selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan gabungan tersebut. Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, berkata keputusan bekerjasama dengan PH telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS dengan mengambil kira komposisi kerajaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":825,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,151,1509,824,103,102,146],"authors":[],"class_list":["post-3062","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-grs","tag-hajiji-noor","tag-kerjasama","tag-prn","tag-sabah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3062","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3062"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3062\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3063,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3062\/revisions\/3063"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/825"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3062"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}