{"id":3072,"date":"2025-09-06T09:34:12","date_gmt":"2025-09-06T09:34:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3072"},"modified":"2025-09-06T09:34:12","modified_gmt":"2025-09-06T09:34:12","slug":"langkah-guna-mykad-salur-tunai-sara-berjaya-elak-penyelewengan-ketirisan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/langkah-guna-mykad-salur-tunai-sara-berjaya-elak-penyelewengan-ketirisan-fahmi\/","title":{"rendered":"Langkah guna MyKad salur tunai SARA berjaya elak penyelewengan, ketirisan: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Penggunaan MyKad dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah menjadi mekanisme terbaik bagi mengelakkan sebarang penyelewengan atau ketirisan dalam pembelian barangan asas.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kejayaan pendekatan itu terbukti menerusi peningkatan konsisten dalam transaksi Penghargaan SARA sebanyak RM100 dari semasa ke semasa.<\/p>\n<p>&#8220;Ini merupakan petunjuk positif bahawa penggunaan MyKad, khususnya dalam program SARA, adalah cara terbaik untuk memastikan tiada penyelewengan atau ketirisan dalam pembelian barangan asas,&#8221; katanya ketika berucap pada program Sembang Santai Komuniti MADANI di Kampung Cocos pada Sabtu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Kementerian Kewangan memaklumkan sistem tersebut stabil dan jumlah transaksi yang diproses setiap hari menunjukkan peningkatan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Fahmi turut menjelaskan mengenai inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir yang sedang berlangsung di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan inkues itu adalah sebahagian daripada proses mahkamah dan berdasarkan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC), sebarang kenyataan yang menghina, mengelirukan atau mengganggu perjalanan mahkamah adalah bersifat subjudis.<\/p>\n<p>Fahmi menambah, jika Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan daripada peguam atau orang awam mengenai kenyataan tidak tepat, platform-platform dalam talian boleh diminta untuk menurunkan kandungan berkenaan.<\/p>\n<p>Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada 17 Julai lepas selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penggunaan MyKad dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah menjadi mekanisme terbaik bagi mengelakkan sebarang penyelewengan atau ketirisan dalam pembelian barangan asas. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kejayaan pendekatan itu terbukti menerusi peningkatan konsisten dalam transaksi Penghargaan SARA sebanyak RM100 dari semasa ke semasa. &#8220;Ini merupakan petunjuk positif bahawa penggunaan MyKad, khususnya dalam program SARA, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1933,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[944,112,482,506,1012,1004,1003],"authors":[],"class_list":["post-3072","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bantuan","tag-fahmi","tag-mof","tag-rakyat","tag-rm100","tag-sara","tag-tunai"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3072","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3072"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3072\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3073,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3072\/revisions\/3073"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1933"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3072"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3072"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3072"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3072"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}