{"id":3094,"date":"2025-09-06T14:30:52","date_gmt":"2025-09-06T14:30:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3094"},"modified":"2025-09-06T14:30:52","modified_gmt":"2025-09-06T14:30:52","slug":"muhyiddin-dasar-kemakmuran-bersama-pulih-negara-jadi-agenda-utama-jika-menang-pru-16","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/muhyiddin-dasar-kemakmuran-bersama-pulih-negara-jadi-agenda-utama-jika-menang-pru-16\/","title":{"rendered":"Muhyiddin: Dasar Kemakmuran Bersama, pulih negara jadi agenda utama jika menang PRU-16"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersatu berjanji akan melaksanakan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama sekiranya diberikan mandat untuk memerintah semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), bagi memulihkan negara dan memastikan kemakmuran dinikmati secara adil oleh semua rakyat.<\/p>\n<p>Presidennya, Muhyiddin Yassin, berkata dasar baharu itu akan mengekalkan keutamaan agenda Bumiputera selain memastikan negara tidak dikuasai oleh kroni serta melindungi hak rakyat untuk memiliki harta.<\/p>\n<p>\u201cKemenangan Bersatu dan Perikatan Nasional dalam PRU-16 bukan sekadar membentuk kerajaan, tetapi tuntutan patriotik untuk memulihkan negara, merancakkan ekonomi, menangani kos sara hidup rakyat, merapatkan jurang sosial dan kaum, serta mengekalkan kestabilan politik dan perpaduan nasional,\u201d kata semasa Ucapan Dasar di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-8 2025.<\/p>\n<p>Muhyiddin mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Ekonomi Nasional untuk menstruktur semula ekonomi negara.<\/p>\n<p>\u201cMajlis ini akan merancang langkah-langkah untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan menggalakkan pelaburan asing terutama dalam bidang teknologi tinggi. Kita mesti memastikan anak muda mempunyai prospek pekerjaan yang stabil,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan keperluan menyemak semula dasar percukaian dan subsidi agar lebih adil.<\/p>\n<p>Bagi menangani isu kos sara hidup, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) akan dirombak sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cSubsidi dan cukai harus dirancang dengan teliti agar rakyat tidak terus dibebani,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam sektor pertanian, Muhyiddin berkata negara tidak boleh lagi bergantung kepada import dan perlu merangka langkah strategik untuk menambah hasil makanan negara.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada import; keselamatan makanan negara adalah perkara asas.<\/p>\n<p>\u201cSebuah majlis khas akan dibentuk untuk menyediakan pelan strategik meningkatkan hasil makanan negara,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Dalam bidang pendidikan, Muhyiddin mengumumkan pelan pembangunan baharu, \u2018National Education Blueprint\u2019, untuk meningkatkan kualiti pengajaran.<\/p>\n<p>\u201cIsu budaya buli di sekolah dan institusi pendidikan lain juga akan diberi perhatian serius agar generasi muda kita bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga berbudi pekerti mulia,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Bagi hubungan antarabangsa, Muhyiddin menegaskan Malaysia akan kekal dengan pendirian berkecuali.<\/p>\n<p>\u201cKeselamatan dan kedaulatan wilayah negara tetap menjadi keutamaan,\u201d sambil menyatakan sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin.<\/p>\n<p>Muhyiddin turut bertekad untuk mereformasi institusi utama negara.<\/p>\n<p>\u201cIntegriti Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM mesti dipulihkan sepenuhnya, dan kita tidak akan berkompromi dengan rasuah,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersatu berjanji akan melaksanakan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama sekiranya diberikan mandat untuk memerintah semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), bagi memulihkan negara dan memastikan kemakmuran dinikmati secara adil oleh semua rakyat. Presidennya, Muhyiddin Yassin, berkata dasar baharu itu akan mengekalkan keutamaan agenda Bumiputera selain memastikan negara tidak dikuasai oleh kroni serta melindungi hak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3095,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1598,71,1543,541,1599],"authors":[],"class_list":["post-3094","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-dasar-kemakmuran-bersama","tag-muhyiddin","tag-pat","tag-perikatan-nasional","tag-pulih-negara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3094","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3094"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3094\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3096,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3094\/revisions\/3096"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3095"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3094"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3094"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3094"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3094"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}