{"id":3103,"date":"2025-09-07T06:10:58","date_gmt":"2025-09-07T06:10:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3103"},"modified":"2025-09-07T06:10:58","modified_gmt":"2025-09-07T06:10:58","slug":"pihak-kumpul-sd-nak-jatuhkan-muhyiddin-tak-faham-perlembagaan-parti-wajar-diambil-tindakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pihak-kumpul-sd-nak-jatuhkan-muhyiddin-tak-faham-perlembagaan-parti-wajar-diambil-tindakan\/","title":{"rendered":"Pihak kumpul SD nak jatuhkan Muhyiddin tak faham Perlembagaan parti, wajar diambil tindakan"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan segelintir pihak yang didakwa mengumpul surat akuan bersumpah (SD) untuk mendesak Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, meletakkan jawatan telah ditimbulkan sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan prinsip dan perlembagaan parti.<\/p>\n<p>Isu ini mendapat perhatian selepas Muhyiddin sendiri mendedahkan mengenai kewujudan gerakan tersebut dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti, yang kemudiannya disusuli dengan insiden kekecohan kecil oleh kumpulan minoriti.<\/p>\n<p>Pemerhati politik melihat bahawa mana-mana percubaan untuk menjatuhkan presiden parti melalui kaedah pengumpulan SD adalah tidak sah dan tidak mempunyai sebarang kekuatan di sisi perlembagaan Bersatu.<\/p>\n<p>Seorang ahli perlembagaan yang tidak mahu dikenali menjelaskan, \u201cDalam mana-mana parti politik yang teratur, proses melucutkan jawatan pemimpin tertinggi mesti melalui mekanisme dan prosedur yang jelas seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Ia bukannya melalui petisyen atau kutipan SD yang boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.\u201d<\/p>\n<p>Beliau menambah, \u201cTindakan seumpama ini jika dibiarkan, bukan sahaja mencacatkan kestabilan dalaman parti, malah mencalarkan imej demokrasi dalam politik Malaysia.\u201d<\/p>\n<p>Terdahulu semasa dalan ucapan malam tadi, Muhyiddin menggesa semua ahli Bersatu perlu menghormati perlembagaan dan peraturan parti serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menggugat keharmonian dalaman.<\/p>\n<p>\u201cKalau Presiden boleh dijatuhkan melalui kutipan tandatangan, maka semua pimpinan lain di atas pentas ini juga boleh dijatuhkan dengan cara yang sama. Ketua Bahagian, Ketua Armada, Ketua Srikandi, Ketua Srikandi Muda, Ketua Bersekutu dan semua ahli jawatankuasa bahagian turut berisiko menghadapi nasib serupa,\u201d katanya dalam ucapannya malam ini.<\/p>\n<p>Menurut Muhyiddin, barisan kepimpinan Bersatu hari ini dibentuk hasil rundingan dengan beberapa pemimpin kanan parti sebelum pemilihan parti lalu dengan tujuan memperkukuh kekuatan dalaman.<\/p>\n<p>\u201cApabila rumah sudah siap, janganlah pahat terus berbunyi. Kita mahu parti tertib, elok, rukun dan damai. Maka patuhilah perlembagaan parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Insiden yang berlaku mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli tentang betapa mudahnya stabiliti parti digugat oleh gerakan dalaman yang tidak bertanggungjawab.<\/p>\n<p>Penganalisis berpendapat, kredibiliti dan survival sebuah parti politik bergantung pada ketaatannya kepada perlembagaan sendiri.<\/p>\n<p>Tindakan meminggirkan perlembagaan untuk agenda tertentu bukan sahaja merosakkan parti, malah melemahkan mandatnya di mata orang ramai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan segelintir pihak yang didakwa mengumpul surat akuan bersumpah (SD) untuk mendesak Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, meletakkan jawatan telah ditimbulkan sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan prinsip dan perlembagaan parti. Isu ini mendapat perhatian selepas Muhyiddin sendiri mendedahkan mengenai kewujudan gerakan tersebut dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti, yang kemudiannya disusuli dengan insiden [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3104,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1275,71,1543,574,581,1604],"authors":[],"class_list":["post-3103","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-kecoh","tag-muhyiddin","tag-pat","tag-penganalisis","tag-presiden","tag-sd"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3103","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3103"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3103\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3105,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3103\/revisions\/3105"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3104"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3103"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3103"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3103"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3103"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}