{"id":3108,"date":"2025-09-07T06:38:13","date_gmt":"2025-09-07T06:38:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3108"},"modified":"2025-09-07T06:39:14","modified_gmt":"2025-09-07T06:39:14","slug":"kumpulan-bekas-naib-presiden-mca-yang-mahu-keluar-sangat-bn-puad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kumpulan-bekas-naib-presiden-mca-yang-mahu-keluar-sangat-bn-puad\/","title":{"rendered":"Kumpulan bekas naib presiden MCA yang mahu keluar sangat BN: Puad"},"content":{"rendered":"<p>Kluster yang dikaitkan dengan bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, didakwa mendesak parti itu agar segera keluar daripada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkannya bertanding lebih banyak kerusi.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi, bagaimanapun berkata kepimpinan MCA dikhuatiri akan mengulangi nasib malang Presiden Parti Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas sebelum ini.<\/p>\n<p>Menurut Puad, pemimpin MCA dan MIC juga dilihat tidak yakin pengundi Melayu khususnya daripada PAS akan memberikan undi kepada mereka sekiranya mereka menyertai Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>\u201cUndi Melayu daripada UMNO lebih terjamin. Kluster Lian Ker memang mahu MCA keluar segera dari BN supaya MCA boleh bertanding lebih banyak kerusi dan berharap pada undi Melayu PAS serta Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cTetapi pimpinan MCA bimbang apa yang berlaku kepada Dominic akan berulang kepada MCA,\u201d katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.<\/p>\n<p>Beliau merujuk kepada kekalahan Dominic dalam PRN di DUN Bayan Lepas \u2013 sebuah kubu kuat PAS \u2013 meskipun bekas presiden Gerakan itu berkempen bersama-sama parti tersebut, namun tetap tewas.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Lian Ker berpendapat MCA masih terperangkap dalam dilema hala tuju politik, tidak seperti MIC yang lebih jelas dan tegas membuat keputusan untuk bergerak sendiri tanpa hanya menjadi \u2018hiasan\u2019 dalam BN.<\/p>\n<p>Jelas beliau, situasi itu membimbangkan memandangkan kepimpinan MCA ketika ini tidak menunjukkan ketegasan pada saat-saat paling penting.<\/p>\n<p>Lian Ker turut memberi amaran bahawa sekiranya kepimpinan pusat terus gagal menangani isu tersebut, akar umbi parti mungkin akan mencari haluan sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kluster yang dikaitkan dengan bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, didakwa mendesak parti itu agar segera keluar daripada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkannya bertanding lebih banyak kerusi. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi, bagaimanapun berkata kepimpinan MCA dikhuatiri akan mengulangi nasib malang Presiden Parti Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai semasa Pilihan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2283,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,1139,180,359,1236,146],"authors":[],"class_list":["post-3108","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-keluar","tag-mca","tag-puad-zarkashi","tag-ti-lian-ker","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3108","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3108"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3108\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3110,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3108\/revisions\/3110"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3108"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3108"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3108"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3108"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}