{"id":311,"date":"2025-05-23T07:19:29","date_gmt":"2025-05-23T07:19:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=311"},"modified":"2025-05-23T07:19:29","modified_gmt":"2025-05-23T07:19:29","slug":"tiada-layanan-istimewa-kepada-calon-tertentu-bertanding-anwar-jawab-rafizi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-layanan-istimewa-kepada-calon-tertentu-bertanding-anwar-jawab-rafizi\/","title":{"rendered":"Tiada layanan istimewa kepada calon tertentu bertanding, Anwar jawab Rafizi"},"content":{"rendered":"<p>Semua calon yang bertanding dalam pemilihan PKR diberikan layanan sama rata dan tidak ada layanan istimewa kepada individu tertentu, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Presiden PKR itu menjelaskan walaupun beliau meluluskan beberapa individu sebagai calon, proses pemilihan sebenarnya dibuat oleh ibu pejabat parti.<\/p>\n<p>&#8220;Saya lulus semua. Jadi tidak ada isu. Saya maklum pada MPP, kalau kamu bawa pada saya saya tak mahu tapis.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau tapis nanti jadi masalah. Jadi semua yang bawa permohonan, ikut undang-undang parti, dan diproses oleh ibu-pejabat, saya luluskan semua,\u201d jelas Anwar dipetik laporan Malaysiakini.<\/p>\n<p>Anwar ditanya wartawan selepas mengundi dalam pemilihan kepimpinan pusat parti di Berjaya Waterfront, Johor Bahru hari ini.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar berkata isu yang dibangkitkan Rafizi Ramli boleh dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan parti.<\/p>\n<p>\u201cTak apalah, kita bawa (bincang) dalam mesyuarat,\u201d katanya ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi baru-baru ini dalam kempen Hiruk.<\/p>\n<p>Dalam kempennya, Rafizi mempertikaikan pencalonan R Ramanan \u2014 yang bertanding untuk jawatan naib presiden PKR \u2014 dengan mempersoalkan apa yang dilihatnya sebagai layanan istimewa terhadap bekas ahli MIC itu yang dicalonkan di kerusi Parlimen Sungai Buloh dan naik pangkat dengan pantas selepas menang.<\/p>\n<p>Rafizi juga menyeru akar umbi untuk menamatkan kuasa khas yang dipegang oleh Presiden PKR bagi memberi pengecualian kepada mana-mana ahli baru untuk bertanding dalam pemilihan parti atau pilihan raya.<\/p>\n<p>Rafizi sebelum ini mencadangkan supaya ahli baru hanya dibenarkan bertanding jawatan parti selepas menjadi anggota PKR sekurang-kurangnya lima tahun.<\/p>\n<p>Kata menteri ekonomi itu langkah berkenaan boleh mengelakkan parti daripada disusupi oleh pihak luar yang cuba membeli pengaruh melalui kekayaan dan jaringan hubungan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semua calon yang bertanding dalam pemilihan PKR diberikan layanan sama rata dan tidak ada layanan istimewa kepada individu tertentu, kata Anwar Ibrahim. Presiden PKR itu menjelaskan walaupun beliau meluluskan beberapa individu sebagai calon, proses pemilihan sebenarnya dibuat oleh ibu pejabat parti. &#8220;Saya lulus semua. Jadi tidak ada isu. Saya maklum pada MPP, kalau kamu bawa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":271,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,136,269,14,9,8],"authors":[],"class_list":["post-311","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-calon","tag-mpp","tag-pemilihan","tag-pkr","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/311","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=311"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/311\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":312,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/311\/revisions\/312"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/271"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=311"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=311"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=311"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=311"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}