{"id":3113,"date":"2025-09-07T06:53:31","date_gmt":"2025-09-07T06:53:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3113"},"modified":"2025-09-07T06:53:31","modified_gmt":"2025-09-07T06:53:31","slug":"saravanan-bidas-tok-mat-mic-dakwa-umno-sering-buat-keputusan-tanpa-konsensus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saravanan-bidas-tok-mat-mic-dakwa-umno-sering-buat-keputusan-tanpa-konsensus\/","title":{"rendered":"Saravanan bidas Tok Mat, MIC dakwa UMNO sering buat keputusan tanpa konsensus"},"content":{"rendered":"<p>Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan membidas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang menasihati MIC agar hanya membangkitkan isu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) dan bukan di khalayak ramai.<\/p>\n<p>Saravanan dalam satu kenyataan pada Isnin menyifatkan teguran Mohamad itu sebagai tidak tepat dan bersifat \u2018selektif\u2019, sambil menegaskan UMNO sendiri berulang kali mengetepikan keputusan dan semangat konsensus BN.<\/p>\n<p>\u201cDengan segala hormat, ingatan Tok Mat tampak agak selektif. Selepas PRU15, BN berada dalam krisis apabila Datuk Seri Zahid Hamidi secara unilateral mengutus surat kepada Istana mendakwa BN menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cTindakan itu sendiri dibuat tanpa pengetahuan, persetujuan atau mandat Majlis Tertinggi BN,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, apabila perkara itu terbongkar, tiga daripada empat parti komponen bersetuju Zahid perlu berundur dan jawatan Pengerusi BN diambil alih oleh Tok Mat.<\/p>\n<p>\u201cBagaimanapun, keputusan itu tidak pernah dilaksanakan kerana Tok Mat memilih untuk berdiam diri.<\/p>\n<p>\u201cJika resolusi BN sendiri tidak boleh dikuatkuasakan, apa gunanya menasihati orang lain supaya hanya \u2018bercakap dalam mesyuarat\u2019?\u201d soal Ahli Parlimen Tapah itu.<\/p>\n<p>Saravanan turut membangkitkan beberapa isu lain yang didakwa tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat BN, termasuk akuan bersumpah (SD) calon-calon BN, pembahagian kerusi pada pilihan raya negeri yang lalu, pelantikan Johari Abdul Ghani sebagai Menteri, serta isu addendum berkaitan Najib Razak.<\/p>\n<p>\u201cApabila MIC dan MCA dinafikan tambahan dua kerusi, adakah perkara itu dibincangkan dalam Majlis Tertinggi BN? Jawapannya jelas: tidak,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Saravanan berkata beliau menghormati Mohamad sebagai sahabat, namun berpendapat Timbalan Presiden UMNO itu gagal bertindak pada saat genting.<\/p>\n<p>\u201cUntuk beliau menegur MIC kononnya tentang bercakap dalam mesyuarat sedangkan UMNO sendiri membelakangi rakan gabungan, mengelirukan Istana dan mengabaikan resolusi BN, ia bukan sahaja tidak adil, malah amat ironik,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau juga berkata MIC mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan.<\/p>\n<p>\u201cMIC sejak dahulu sentiasa bersuara dengan tegas, konsisten dan berprinsip. Masalah sebenar bukan MIC yang berdiam diri, tetapi pengkhianatan UMNO terhadap kepercayaan sesama gabungan.<\/p>\n<p>\u201cSejujurnya, bila melihat keprihatinan tiba-tiba tentang \u2018berbincang dalam mesyuarat BN\u2019, saya sendiri tidak tahu patut ketawa atau menangis,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada nasihat Mohamad semalam yang menggesa kepimpinan MIC agar tidak mengambil jalan singkat mengeluarkan kenyataan di luar Dewan Tertinggi BN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan membidas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang menasihati MIC agar hanya membangkitkan isu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) dan bukan di khalayak ramai. Saravanan dalam satu kenyataan pada Isnin menyifatkan teguran Mohamad itu sebagai tidak tepat dan bersifat \u2018selektif\u2019, sambil menegaskan UMNO sendiri berulang kali mengetepikan keputusan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3114,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,294,1168,377,283,146],"authors":[],"class_list":["post-3113","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-konflik","tag-m-saravanan","tag-mic","tag-mohamad-hasan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3113","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3113"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3113\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3115,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3113\/revisions\/3115"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3114"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3113"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3113"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3113"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3113"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}