{"id":3119,"date":"2025-09-07T10:06:51","date_gmt":"2025-09-07T10:06:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3119"},"modified":"2025-09-07T10:06:51","modified_gmt":"2025-09-07T10:06:51","slug":"bersatu-siasat-insiden-kekecohan-tindakan-akan-diambil-terhadap-dalang-kumpul-sd","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-siasat-insiden-kekecohan-tindakan-akan-diambil-terhadap-dalang-kumpul-sd\/","title":{"rendered":"Bersatu siasat insiden kekecohan, tindakan akan diambil terhadap dalang kumpul SD"},"content":{"rendered":"<p>Individu yang terlibat dalam insiden kekecohan dan pergelutan semasa majlis ucapan dasar Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin malam tadi, akan berdepan tindakan tegas berlandaskan Perlembagaan parti.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menyifatkan insiden itu dicetuskan oleh golongan minoriti yang dipergunakan oleh musuh politik untuk menidakkan keputusan majoriti yang telah dipersetujui semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti pada tahun lalu.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan perbuatan tersebut bukanlah budaya dalam Bersatu, sebaliknya hanya dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertamadun.<\/p>\n<p>\u201cBersatu ada perlembagaan dan peraturan. Kekecohan seperti ini perlu disiasat dan ditangani berdasarkan Perlembagaan dan peraturan parti,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Tun Faisal turut menekankan majoriti ahli Bersatu tetap setia kepada kepimpinan Muhyiddin.<\/p>\n<p>\u201cSituasi itu boleh dilihat di dalam dewan persidangan malam tadi semasa insiden kekecohan berlaku, di mana majoriti perwakilan bangkit menyatakan sokongan padu kepada Tan Sri Muhyiddin,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sementara tu, Armada Bersatu juga membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan malam tadi.<\/p>\n<p>Ketua Penerangannya, Harris Idaham Rashid berkata, laporan itu dibuat tengah malam tadi bagi meminta polis menyiasat punca kejadian.<\/p>\n<p>\u201cKetua Sekuriti yang juga Timbalan Komander Briged Armada, Afiq Nardin telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sri Muda dan kertas siasatan telah dibuka.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga dimaklumkan polis sedang menyiasat dan menemubual orang yang dirasakan perlu,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Tambah Harris lagi, meskipun parti itu mengamalkan kebebasan bersuara dan demokrasi namun Armada berpendirian tindakan berkenaan tidak sepatutnya berlaku.<\/p>\n<p>Sebaliknya, wujud ruang untuk mana-mana perwakilan untuk menyuarakan pendapat mereka di peringkat Bahagian sehingga Negeri dan bukannya dengan menimbulkan kekecohan.<\/p>\n<p>\u201cKami faham kebebasan bersuara itu dibenarkan tapi mengikut adab dan cara betul. PAT kali ini kita dengar perbahasan setiap negeri, orang berbahas mewakili negeri akan menyampaikan perbahasan dan perkara yang perlu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Insiden tegang itu tercetus pada malam semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Shah Alam (IDCC), ketika Muhyiddin sedang menyampaikan ucapan dasarnya.<\/p>\n<p>Kekecohan bermula apabila beliau menyentuh berkenaan desas-desus wujudnya gerakan mengutip tanda tangan untuk menjatuhkannya sebagai Presiden parti.<\/p>\n<p>Ucapan beliau disambut dengan sorakan dan juga teriakan daripada sekumpulan perwakilan, yang mencetuskan keadaan di luar kawalan selama beberapa minit.<\/p>\n<p>Kejadian itu memaksa Muhyiddin meneruskan ucapannya dalam keadaan para petugas parti berusaha meredakan ketegangan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Individu yang terlibat dalam insiden kekecohan dan pergelutan semasa majlis ucapan dasar Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin malam tadi, akan berdepan tindakan tegas berlandaskan Perlembagaan parti. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menyifatkan insiden itu dicetuskan oleh golongan minoriti yang dipergunakan oleh musuh politik untuk menidakkan keputusan majoriti yang telah dipersetujui semasa Perhimpunan Agung Tahunan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[105,73,1603,1543,1604,199],"authors":[],"class_list":["post-3119","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-armada","tag-bersatu","tag-kekecohan","tag-pat","tag-sd","tag-tun-faisal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3119","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3119"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3119\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3120,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3119\/revisions\/3120"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3119"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3119"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3119"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3119"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}