{"id":3121,"date":"2025-09-07T10:13:22","date_gmt":"2025-09-07T10:13:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3121"},"modified":"2025-09-07T10:13:22","modified_gmt":"2025-09-07T10:13:22","slug":"kes-zara-qairina-fahmi-bidas-ugutan-terhadap-pakar-patologi-dr-jessie-hiu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-zara-qairina-fahmi-bidas-ugutan-terhadap-pakar-patologi-dr-jessie-hiu\/","title":{"rendered":"Kes Zara Qairina: Fahmi bidas ugutan terhadap pakar patologi Dr. Jessie Hiu"},"content":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil, mengecam sekeras-kerasnya tindakan sesetengah pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebar fitnah, mengaibkan individu, dan mengeluarkan ancaman jenayah, termasuk ugutan bunuh terhadap Pakar Patologi Forensik, Dr. Jessie Hiu.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi itu membangkitkan insiden terbaharu yang membawa kepada penahanan seorang bekas guru besar di Semporna, Sabah, ekoran ugutan jenayah di media sosial terhadap Hiu yang merupakan saksi pertama dalam inkues kematian remaja Zara Qairina Mahathir.<\/p>\n<p>\u201cIni sudah keterlaluan. Kita berhak bersuara tetapi ada had dan batasnya.<\/p>\n<p>\u201cTidak boleh sampai memfitnah atau mengugut bunuh orang lain sehingga melanggar undang-undang,\u201d tegas Fahmi pada program Hari Bersara Komuniti &amp; Majlis Peluncuran Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) Peringkat Negeri Sabah di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Imam hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi menyatakan kesalnya dengan kejadian tersebut dan mengingatkan bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk ancaman.<\/p>\n<p>\u201cSebagai contoh yang amat saya kesali, seorang bekas guru besar di Semporna ditahan kerana menyebarkan kenyataan berbaur ugutan jenayah,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Fahmi mendedahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya mengesan lebih 40 kandungan palsu dan jelik berkait isu 3R (Agama, Raja dan Bangsa) yang tular, termasuk berikutan insiden seorang wanita naik ke pentas utama bersama Sultan Perak semasa sambutan Hari Kebangsaan lalu.<\/p>\n<p>Jelasnya, kandungan itu termasuk tuduhan palsu kononnya wanita terbabit berketurunan Cina, sedangkan hakikatnya beliau adalah berbangsa Melayu.<\/p>\n<p>\u201cSeorang ADUN serta dua individu lain telah dipanggil kerana menyebarkan berita palsu. Akaun-akaun palsu yang digunakan untuk menyebar fitnah juga telah dipadam melalui tindakan MCMC,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan komitmen berterusan pihaknya melalui kerjasama polis dan MCMC untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk \u2018cybertrooper\u2019 politik, yang mengaitkan insiden arwah Zara Qairina dengan tokoh politik serta orang kenamaan secara tidak berasas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil, mengecam sekeras-kerasnya tindakan sesetengah pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebar fitnah, mengaibkan individu, dan mengeluarkan ancaman jenayah, termasuk ugutan bunuh terhadap Pakar Patologi Forensik, Dr. Jessie Hiu. Menteri Komunikasi itu membangkitkan insiden terbaharu yang membawa kepada penahanan seorang bekas guru besar di Semporna, Sabah, ekoran ugutan jenayah di media sosial terhadap Hiu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3122,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1221,1601,112,1607,1354,102,762],"authors":[],"class_list":["post-3121","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-buli","tag-dr-jessie-hiu","tag-fahmi","tag-kes-zara-qairina","tag-patologi","tag-sabah","tag-ugutan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3121","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3121"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3121\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3123,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3121\/revisions\/3123"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3122"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3121"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3121"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3121"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3121"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}