{"id":3131,"date":"2025-09-07T14:44:14","date_gmt":"2025-09-07T14:44:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3131"},"modified":"2025-09-07T14:44:49","modified_gmt":"2025-09-07T14:44:49","slug":"tiada-individu-cedera-rosak-harta-dalam-kekecohan-pat-bersatu-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-individu-cedera-rosak-harta-dalam-kekecohan-pat-bersatu-polis\/","title":{"rendered":"Tiada individu cedera, rosak harta dalam kekecohan PAT Bersatu: Polis"},"content":{"rendered":"<p>Tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan berikutan insiden kekecohan yang berlaku semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.<\/p>\n<p>Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang turut mengesahkan pihaknya menerima satu laporan daripada seorang ketua keselamatan parti kira-kira jam 12.18 tengah malam.<\/p>\n<p>\u201cPengadu atau mana-mana pihak tidak mengalami apa-apa kecederaan dan tiada kerosakan harta benda dilaporkan,\u201d jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Insiden pergelutan dan tolak-menolak itu tercetus ketika Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedang menyampaikan ucapan dasarnya di PAT ke-8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).<\/p>\n<p>Mengikut kenyataan polis, pengadu melaporkan bahawa dia melihat dua lelaki Melayu yang juga ahli parti bangun dan menjerit, seterusnya mengganggu ucapan Muhyiddin.<\/p>\n<p>\u201cPengadu kemudian pergi ke arah salah seorang lelaki itu bagi menenangkannya namun pengadu telah ditarik dari belakang sehingga jatuh dan mencetuskan kekecohan di dalam dewan,\u201d menurut Iqbal.<\/p>\n<p>Beliau menambah, \u201cKejadian itu berjaya dikawal dengan baik oleh beberapa ahli Bersatu lain dengan membawa keluar kedua-dua lelaki itu dari dewan dan perhimpunan berjalan seperti biasa.\u201d<\/p>\n<p>Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu gaduh gempar.<\/p>\n<p>\u201cJika sabit kesalahan boleh dihukum penjara enam bulan atau denda hingga RM1,000,\u201d jelas Iqbal.<\/p>\n<p>Katanya lagi, kes turut disiasat under Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil iaitu kelakuan aib yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan berikutan insiden kekecohan yang berlaku semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang turut mengesahkan pihaknya menerima satu laporan daripada seorang ketua keselamatan parti kira-kira jam 12.18 tengah malam. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3104,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1611,73,1237,1275,1612,71,1543,43],"authors":[],"class_list":["post-3131","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-asisten-komisioner","tag-bersatu","tag-gaduh","tag-kecoh","tag-mohd-iqbal-ibrahim","tag-muhyiddin","tag-pat","tag-pdrm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3131","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3131"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3131\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3133,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3131\/revisions\/3133"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3104"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3131"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3131"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3131"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3131"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}