{"id":3143,"date":"2025-09-08T04:23:02","date_gmt":"2025-09-08T04:23:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3143"},"modified":"2025-09-08T04:23:02","modified_gmt":"2025-09-08T04:23:02","slug":"mof-pengguna-digesa-buat-aduan-peniaga-naikkan-harga-barang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mof-pengguna-digesa-buat-aduan-peniaga-naikkan-harga-barang\/","title":{"rendered":"MOF: Pengguna digesa buat aduan peniaga naikkan harga barang"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Kewangan (MoF) mengambil maklum mengenai laman media sosial yang melaporkan tindakan segelintir peniaga yang didakwa menaikkan harga barang sewaktu pelaksanaan inisiatif Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).<\/p>\n<p>Menurut kementerian itu, sekiranya aduan tersebut berasas, siasatan dan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terbela.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, dalam satu kenyataan, menegaskan kerajaan akan menyiasat sebarang laporan yang mendakwa wujudnya kenaikan harga barang ekoran pelaksanaan program SARA.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Madani akan menyiasat aduan bahawa terdapat kenaikan harga barang susulan pelaksanaan Penghargaan SARA. Dalam masa yang sama, kerajaan menghargai inisiatif pasar raya dan kedai runcit yang menawarkan harga istimewa kepada penerima manfaat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan kerajaan, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.<\/p>\n<p>Orang ramai digalakkan untuk membuat aduan rasmi kepada KPDN bagi membolehkan siasatan segera dijalankan.<\/p>\n<p>Beberapa saluran aduan yang disediakan termasuklah portal e-Aduan KPDN di https:\/\/eaduan.kpdn.gov.my\/, talian WhatsApp di 019-848 8000, atau pusat talian terus di 1-800-886-800.<\/p>\n<p>Sementara itu, pelaksanaan program SARA pada hari kelapan dilaporkan berjalan dengan lancar.<\/p>\n<p>Menurut Kementerian Kewangan, jumlah jualan telah mencecah RM102.5 juta, melibatkan seramai 1.7 juta penerima manfaat setakat jam 9.30 malam.<\/p>\n<p>Kadar transaksi yang berjaya juga kekal stabil pada 99.9% untuk dua hari berturut-turut.<\/p>\n<p>\u201cUsaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tujuh hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini,\u201d jelas kementerian itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Kewangan (MoF) mengambil maklum mengenai laman media sosial yang melaporkan tindakan segelintir peniaga yang didakwa menaikkan harga barang sewaktu pelaksanaan inisiatif Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Menurut kementerian itu, sekiranya aduan tersebut berasas, siasatan dan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terbela. Menteri Kewangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2936,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,675,482,1004],"authors":[],"class_list":["post-3143","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-harga-barang","tag-mof","tag-sara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3143","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3143"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3143\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3144,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3143\/revisions\/3144"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2936"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3143"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3143"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3143"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3143"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}