{"id":3145,"date":"2025-09-08T04:30:51","date_gmt":"2025-09-08T04:30:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3145"},"modified":"2025-09-08T04:30:51","modified_gmt":"2025-09-08T04:30:51","slug":"pemuda-umno-pahang-beri-amaran-kepada-mic-bidas-hadir-ke-pat-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-umno-pahang-beri-amaran-kepada-mic-bidas-hadir-ke-pat-bersatu\/","title":{"rendered":"Pemuda UMNO Pahang beri amaran kepada MIC, bidas hadir ke PAT Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Pemuda UMNO Pahang mengeluarkan amaran keras kepada MIC berikutan kehadiran wakil parti itu ke Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, yang dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap semangat setia kawan dalam Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim dengan tegas berkata tindakan wakil pemuda MIC hadir ke perhimpunan Bersatu sebagai satu pengkhianatan kepada BN dan tidak menghormati persefahaman dalam gabungan itu.<\/p>\n<p>\u201cWahai MIC, jangan khianat kepada Barisan Nasional (BN)! Kami beri kata dua, sama ada setia atau pergi,\u201d kata Mohd Kamil dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Menurut Kamil, kejayaan MIC memenangi banyak kerusi selama ini tidak terlepas daripada ihsan dan pengorbanan yang diberikan oleh UMNO.<\/p>\n<p>Malah, pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga adalah hasil daripada semangat kerjasama dan setiakawan dalam BN.<\/p>\n<p>\u201cKalau MIC terus memilih untuk mesra dengan Perikatan Nasional (PN) maka wajar dipertimbangkan untuk dipulangkan semula segala kedudukan itu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Jelasnya lagi, kekuatan BN yang bertahan sejak merdeka berasaskan nilai setia, hormat, dan percaya antara parti komponen.<\/p>\n<p>Kekuatan itu, katanya, tidak dibina atas dasar drama atau tindakan menikam dari belakang.<\/p>\n<p>\u201cKalau mahu terus bersama dalam rumah besar ini, hormatilah adabnya. Kalau tidak mampu, lebih baik undur dengan bermaruah,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Kamil juga menyeru semua pihak untuk memperkukuh parti masing-masing dan tidak mengkhianati perjuangan sahabat sekutu hanya kerana dorongan nafsu politik semata-mata.<\/p>\n<p>Insiden ini tercetus setelah Timbalan Ketua Pemuda MIC, K Kesavan, hadir pada PAT sayap Armada Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Langkah tersebut menimbulkan kemarahan dalam kalangan pemimpin UMNO, terutamanya ketika laporan menyatakan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini pernah \u2018melamar\u2019 MCA dan MIC untuk menyertai gabungan mereka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemuda UMNO Pahang mengeluarkan amaran keras kepada MIC berikutan kehadiran wakil parti itu ke Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, yang dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap semangat setia kawan dalam Barisan Nasional (BN). Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim dengan tegas berkata tindakan wakil pemuda MIC hadir ke perhimpunan Bersatu sebagai satu pengkhianatan kepada BN [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3146,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[105,73,377,856,972,1543,171,146],"authors":[],"class_list":["post-3145","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-armada","tag-bersatu","tag-mic","tag-mohd-kamil-ibrahim","tag-pahang","tag-pat","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3145"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3145\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3147,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3145\/revisions\/3147"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3146"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3145"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}