{"id":3153,"date":"2025-09-08T07:41:33","date_gmt":"2025-09-08T07:41:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3153"},"modified":"2025-09-08T10:30:59","modified_gmt":"2025-09-08T10:30:59","slug":"setiap-parti-dalam-pn-boleh-namakan-calon-pm-termasuk-bersatu-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/setiap-parti-dalam-pn-boleh-namakan-calon-pm-termasuk-bersatu-tun-faisal\/","title":{"rendered":"Setiap parti dalam PN boleh namakan calon PM, termasuk Bersatu: Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersatu menegaskan setiap parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) mempunyai hak untuk menamakan calon Perdana Menteri ke-11 menerusi platform tertinggi parti masing-masing.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata langkah Bersatu mencalonkan Presidennya, Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana PM telah dibuat secara sah melalui Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) yang berlangsung baru-baru ini.<\/p>\n<p>Beliau menekankan keputusan yang dibuat melalui persidangan parti adalah yang paling sah dari segi undang-undang berbanding sebarang kenyataan di luar.<\/p>\n<p>\u201cMana-mana parti dalam PN juga boleh melakukan perkara yang serupa dalam perhimpunan agung parti masing-masing yang merupakan platform tertinggi dalam parti,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut Tun Faisal, cadangan tersebut berasaskan merit dan kelebihan yang dimiliki oleh Muhyiddin.<\/p>\n<p>\u201cKrisis ekonomi, kewangan dan kehidupan rakyat hari ini memerlukan pemimpin yang berkemampuan, berpengalaman di pusat dan negeri, mempunyai rekod pentadbiran yang baik, serta kemampuan yang telah teruji,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Tun Faisal menegaskan usul tersebut adalah keputusan Bersatu sendiri dan bukannya keputusan rasmi PN.<\/p>\n<p>\u201cUsul daripada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025 ini akan dibawa kepada Majlis Presiden Perikatan Nasional dan perlu diputuskan secara konsensus dalam Majlis Presiden,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menambah Bersatu sentiasa menghormati hak parti komponen lain seperti PAS, Gerakan dan MIPP untuk membuat keputusan yang sama dalam platform masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cSecara etika dan beradab, Bersatu tidak pernah menyentuh dan menamakan pemimpin-pemimpin daripada parti-parti komponen lain sebagai calon Perdana Menteri,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Tun Faisal menyeru agar semua keputusan dibawa dan dibincangkan secara bersama di peringkat Majlis Presiden PN bagi mencapai kata sepakat.<\/p>\n<p>\u201cSeperti Bersatu, angkatlah keputusan ini ke dalam Majlis Presiden PN dan putuskanlah secara konsensus di sana,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersatu menegaskan setiap parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) mempunyai hak untuk menamakan calon Perdana Menteri ke-11 menerusi platform tertinggi parti masing-masing. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata langkah Bersatu mencalonkan Presidennya, Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana PM telah dibuat secara sah melalui Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) yang berlangsung baru-baru ini. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,136,71,1543,1079,199],"authors":[],"class_list":["post-3153","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-calon","tag-muhyiddin","tag-pat","tag-pm","tag-tun-faisal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3153","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3153"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3153\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3154,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3153\/revisions\/3154"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3153"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3153"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3153"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3153"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}