{"id":3165,"date":"2025-09-08T15:17:56","date_gmt":"2025-09-08T15:17:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3165"},"modified":"2025-09-08T15:18:25","modified_gmt":"2025-09-08T15:18:25","slug":"ugutan-terhadap-pmx-amk-gerakan-akar-umbi-buat-laporan-polis-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ugutan-terhadap-pmx-amk-gerakan-akar-umbi-buat-laporan-polis-laporan\/","title":{"rendered":"Ugutan terhadap PMX, AMK gerakan akar umbi buat laporan polis: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Lebih banyak laporan polis dijangka akan dibuat terhadap individu yang didakwa mengugut Perdana Menteri, Anwar Ibrahim susulan insiden berasingan baru-baru ini.<\/p>\n<p>Ketua Biro Mobilisasi Pemuda PKR (AMK), Bariqul Zaman mengesahkan mewakili AMK sudah membuat laporan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi mendesak siasatan menyeluruh dilakukan.<\/p>\n<p>Bariqul berkata ini hanyalah permulaan dan laporan susulan akan dibuat secara berterusan oleh cabang serta ranting PKR di seluruh negara bagi memastikan tindakan tegas diambil.<\/p>\n<p>\u201cSelepas ini, cabang dan negeri akan terus membuat laporan di kawasan masing-masing. Setakat ini saya dimaklumkan lima negeri sudah bertindak, tetapi cabang belum saya dapat maklumat lagi,\u201d kata Bariqul dipetik laporan Malaysiakini.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan kepentingan menyampaikan sebarang pandangan terhadap kerajaan dengan cara yang berhemah dan penuh adab.<\/p>\n<p>\u201cSebagai rakyat Malaysia, budi bahasa adalah asas perpaduan kita. Media sosial tidak wajar dijadikan platform untuk ugutan atau intimidasi yang boleh mengancam keselamatan negara,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Menurut Bariqul, tindakan undang-undang yang tegas perlu diambil sebagai pengajaran kepada orang ramai agar berkomunikasi dengan lebih beradab, sama ada dalam politik mahupun interaksi di alam maya.<\/p>\n<p>Laporan ini susulan tangkapan dua lelaki semalam yang disyaki memuat naik hantaran di media sosial mengandungi unsur ugutan jenayah, hasutan dan fitnah terhadap kerajaan serta Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, dalam satu kenyataan mengesahkan tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang dipercayai memuat naik kenyataan berunsur hasutan dan penghinaan melalui akaun TikTok.<\/p>\n<p>\u201cTangkapan seterusnya melibatkan seorang lagi lelaki berumur 44 tahun, yang disyaki membuat satu komen berunsur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Malaysia menggunakan akaun Facebook,\u201d jelas Kumar.<\/p>\n<p>Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n<p>Kumar menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang dengan sengaja membuat, memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menimbulkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lebih banyak laporan polis dijangka akan dibuat terhadap individu yang didakwa mengugut Perdana Menteri, Anwar Ibrahim susulan insiden berasingan baru-baru ini. Ketua Biro Mobilisasi Pemuda PKR (AMK), Bariqul Zaman mengesahkan mewakili AMK sudah membuat laporan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi mendesak siasatan menyeluruh dilakukan. Bariqul berkata ini hanyalah permulaan dan laporan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,170,1628,113,1629,9,18,762],"authors":[],"class_list":["post-3165","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-anwar-ibrahim","tag-bariqul-zaman","tag-cabang","tag-ipd-shah-alam","tag-pkr","tag-pmx","tag-ugutan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3165","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3165"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3165\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3166,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3165\/revisions\/3166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3165"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3165"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3165"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3165"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}