{"id":3171,"date":"2025-09-09T04:41:06","date_gmt":"2025-09-09T04:41:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3171"},"modified":"2025-09-09T04:41:09","modified_gmt":"2025-09-09T04:41:09","slug":"siasatan-sprm-terhadap-farhash-wafa-salvador-berhubung-mineral-sabah-ditutup-azam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/siasatan-sprm-terhadap-farhash-wafa-salvador-berhubung-mineral-sabah-ditutup-azam\/","title":{"rendered":"Siasatan SPRM terhadap Farhash Wafa Salvador berhubung mineral Sabah ditutup: Azam"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung dakwaan penerokaan mineral di Sabah yang melibatkan ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador, telah diselesaikan dan kes tersebut ditutup.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata keputusan untuk menutup siasatan itu dibuat setelah Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada unsur jenayah yang dapat dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan kita jalankan dengan memanggil semua yang terbabit dan kita juga merekod kenyataan daripada Sabah Mineral Management, kerajaan negeri, dan siapa-siapa yang dikatakan terbabit.<\/p>\n<p>\u201cAkhirnya, Timbalan Pendakwa Raya sudah membuat keputusan tiada kes jenayah yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak sama ada di bawah Akta SPRM 2009, Kanun Keseksaan dan tiada isu tadbir urus, maka kes ini ditutup,\u201d jelas Azam Baki semasa sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkansebuah syarikat yang dikaitkan dengan Farhash pernah mengemukakan permohonan penerokaan mineral kepada Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) pada Mac 2023.<\/p>\n<p>\u201cBagaimanapun, syarikat berkenaan gagal menyerahkan dokumen yang diminta, menyebabkan permohonan itu ditamatkan pada Mac tahun ini,\u201d jelas Azam.<\/p>\n<p>Keputusan penutupan siasatan ini sekali gus membersihkan nama Farhash yang sebelum ini dikaitkan dengan laporan portal tertentu berhubung isu lesen penerokaan mineral di Sabah.<\/p>\n<p>Laporan portal berkenaan turut memuat naik rakaman audio yang mendakwa Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, menyatakan sokongan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Farhash.<\/p>\n<p>Namun, Lembaga Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) yang dipengerusikan oleh Hajiji sendiri sebelum ini telah menafikan bahawa mana-mana syarikat berkaitan Farhash diberikan lesen penerokaan di negeri itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung dakwaan penerokaan mineral di Sabah yang melibatkan ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador, telah diselesaikan dan kes tersebut ditutup. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata keputusan untuk menutup siasatan itu dibuat setelah Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada unsur jenayah yang dapat dikenakan terhadap mana-mana pihak yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[115,1553,397,685,24,102,982,21],"authors":[],"class_list":["post-3171","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azam-baki","tag-farhash-wafa-salvador","tag-hajiji","tag-projek","tag-rasuah","tag-sabah","tag-sabah-mineral-management-sdn-bhd","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3171","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3171"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3171\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3172,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3171\/revisions\/3172"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3171"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3171"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3171"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3171"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}