{"id":3185,"date":"2025-09-10T01:23:44","date_gmt":"2025-09-10T01:23:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3185"},"modified":"2025-09-10T01:46:40","modified_gmt":"2025-09-10T01:46:40","slug":"harga-minyak-dunia-melonjak-ekoran-serangan-regim-di-doha","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/harga-minyak-dunia-melonjak-ekoran-serangan-regim-di-doha\/","title":{"rendered":"Harga minyak dunia melonjak ekoran serangan regim di Doha"},"content":{"rendered":"<p>Harga minyak mentah global menunjukkan kenaikan ketara berikutan serangan udara Israel yang mensasarkan pemimpin Hamas di Doha, ibu negara Qatar.<\/p>\n<p>Sehingga pagi ini, minyak mentah Brent meningkat 0.56 peratus kepada AS$66.39 setong, manakala minyak mentah WTI naik 0.54 peratus kepada AS$62.97 setong.<\/p>\n<p>Ketua Analisis Geopolitik Rystad Energy, Jorge Leon, menyifatkan tindakan Israel itu sebagai satu lagi peristiwa yang memburukkan lagi ketegangan di Timur Tengah.<\/p>\n<p>Beliau memberi amaran bahawa risiko krisis itu merebak ke seluruh rantau semakin ketara.<\/p>\n<p>\u201cSebahagian besarnya akan bergantung kepada tindak balas Qatar yang juga sekutu rapat Amerika Syarikat dan anggota utama Majlis Kerjasama Teluk (GCC).<\/p>\n<p>\u201cTindakan Qatar seterusnya akan membentuk trajektori dinamik serantau,\u201d jelasnya dalam satu nota penyelidikan.<\/p>\n<p>Jorge turut menegaskan bahawa sebarang impak akan memburukkan lagi ketegangan di seluruh rantau Teluk dan seterusnya, sekaligus membuktikan keadaan yang sangat genting pada masa ini.<\/p>\n<p>\u201cRundingan (membabitkan pihak Hamas) yang sememangnya goyah sebelum ini, kini kelihatan tertutup terus dan hanya menyuramkan lagi prospek bagi menyelesaikan krisis itu dalam masa terdekat,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Qatar telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel tersebut yang mensasarkan bangunan kediaman anggota Biro Politik Hamas.<\/p>\n<p>Pihaknya menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan norma antarabangsa, serta merupakan ancaman serius terhadap keselamatan rakyat Qatar dan warga asing di negara itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Harga minyak mentah global menunjukkan kenaikan ketara berikutan serangan udara Israel yang mensasarkan pemimpin Hamas di Doha, ibu negara Qatar. Sehingga pagi ini, minyak mentah Brent meningkat 0.56 peratus kepada AS$66.39 setong, manakala minyak mentah WTI naik 0.54 peratus kepada AS$62.97 setong. Ketua Analisis Geopolitik Rystad Energy, Jorge Leon, menyifatkan tindakan Israel itu sebagai satu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1000,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[647,1635,646,74,1636,928],"authors":[],"class_list":["post-3185","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-brent","tag-doha","tag-dunia","tag-minyak","tag-qatar","tag-serangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3185","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3185"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3185\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3186,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3185\/revisions\/3186"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1000"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3185"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3185"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3185"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3185"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}