{"id":3187,"date":"2025-09-10T01:31:04","date_gmt":"2025-09-10T01:31:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3187"},"modified":"2025-09-10T01:46:33","modified_gmt":"2025-09-10T01:46:33","slug":"trump-dan-li-qiang-sah-hadir-ke-sidang-kemuncak-asean-putin-masih-pertimbang-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/trump-dan-li-qiang-sah-hadir-ke-sidang-kemuncak-asean-putin-masih-pertimbang-anwar\/","title":{"rendered":"Trump dan Li Qiang sah hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN, Putin masih pertimbang: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan Perdana Menteri China, Li Qiang, akan hadir ke Kuala Lumpur bulan hadapan bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, setakat ini hanya Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang mempertimbangkan untuk hadir ke mesyuarat berprestij itu dan dua pemimpin utama dunia tersebut sudah membuat pengesahan.<\/p>\n<p>\u201cKita bertuah. Walaupun ada isu tarif, Presiden Donald Trump telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa beliau akan datang ke Malaysia bulan depan bersempena mesyuarat ASEAN.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri Li Qiang juga akan turut hadir,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-50 Kumpulan Ambank di sini, malam tadi.<\/p>\n<p>Anwar turut berkongsi mengenai pertemuannya dengan Putin di Beijing baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cPresiden Putin bertemu saya di Beijing dan berkata beliau sedang mempertimbangkan secara serius untuk datang ke Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cSaya kata, baiklah&#8230; kita ada Donald Trump, Vladimir Putin dan Li Qiang, jadi mereka akan perasan bahawa Kuala Lumpur berada dalam kawalan penuh,\u201d ujarnya disambut gelak hadirin.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Anwar mendedahkan Perdana Menteri Thailand yang baharu dilantik, Anutin Charnvirakul, telah memberi jaminan untuk terus mempercayai Malaysia sebagai pengantara dalam isu antara Thailand dan Kemboja.<\/p>\n<p>Sementara itu, Anwar menyatakan keyakinannya terhadap daya tahan ekonomi negara yang disokong oleh asas ekonomi yang kukuh dan tenaga profesional muda yang rajin.<\/p>\n<p>\u201cPelabur menilai tenaga kerja Malaysia sebagai lebih berdisiplin dan rajin, satu ciri yang digambarkan sebagai prasyarat untuk mengekalkan kekuatan asas ekonomi negara,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan Perdana Menteri China, Li Qiang, akan hadir ke Kuala Lumpur bulan hadapan bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Menurut Perdana Menteri, setakat ini hanya Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang mempertimbangkan untuk hadir ke mesyuarat berprestij itu dan dua pemimpin utama dunia tersebut sudah membuat pengesahan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,221,1593,48,18,64,222,822,1212],"authors":[],"class_list":["post-3187","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-asean","tag-hadir","tag-lawatan","tag-pmx","tag-putin","tag-sidang","tag-trump","tag-xi-jinping"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3187","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3187"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3187\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3188,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3187\/revisions\/3188"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3187"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3187"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3187"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3187"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}