{"id":3190,"date":"2025-09-10T01:40:29","date_gmt":"2025-09-10T01:40:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3190"},"modified":"2025-09-10T01:40:29","modified_gmt":"2025-09-10T01:40:29","slug":"ditengah-isu-mic-dan-mca-tinggalkan-bn-pemimpin-umno-gesa-perbincangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ditengah-isu-mic-dan-mca-tinggalkan-bn-pemimpin-umno-gesa-perbincangan\/","title":{"rendered":"Ditengah isu MIC dan MCA tinggalkan BN, pemimpin UMNO gesa perbincangan"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Shamsul Anuar Nasarah, menggesa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) agar segera duduk berbincang bagi memulihkan serta mengukuhkan lagi gabungan itu dari dalam.<\/p>\n<p>Tegas Shamsul Anuar, semua pemimpin perlu mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian dan hubungan erat yang telah terbina sekian lama dalam BN.<\/p>\n<p>Lantaran itu, beliau meyakini Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, mempunyai kebijaksanaan untuk menangani sebarang masalah yang melanda gabungan itu.<\/p>\n<p>\u201cRealitinya kita saling memerlukan antara satu sama lain,\u201d katanya menerusi satu hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Gesaan itu dibuat dalam latar belakang desas-desus mengenai hasrat kedua-dua parti komponen utama BN, iaitu MIC dan MCA, untuk meninggalkan gabungan tersebut ekoran prestasi pilihan raya yang tidak memberangsangkan dan rasa tidak puas hati terhadap dinamik kuasa dalam BN.<\/p>\n<p>Shamsul Anuar menekankan adalah tidak tepat untuk mengukur sumbangan sesuatu parti semata-mata berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cFaktanya, undi mereka berada di mana-mana. Meskipun sumbangan undi oleh sesetengah komponen BN adalah kecil, namun ia tetap penting kerana sejarah telah membuktikan, UMNO-BN tidak boleh membentuk kerajaan di Kelantan kerana gabungan itu kurang dua undi,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan UMNO sangat menghormati dan menjaga rakan komponen yang lain demi kekuatan BN dan UMNO itu sendiri.<\/p>\n<p>\u201cCukuplah kita hilang rakan komponen selepas PRU14, dan jangan BN hilang lagi rakan komponen,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Shamsul Anuar Nasarah, menggesa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) agar segera duduk berbincang bagi memulihkan serta mengukuhkan lagi gabungan itu dari dalam. Tegas Shamsul Anuar, semua pemimpin perlu mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian dan hubungan erat yang telah terbina sekian lama dalam BN. Lantaran itu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,180,377,548,1637,146],"authors":[],"class_list":["post-3190","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-mca","tag-mic","tag-pru","tag-shamsul-anuar-nasarah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3190","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3190"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3190\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3191,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3190\/revisions\/3191"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3190"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3190"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3190"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3190"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}