{"id":3192,"date":"2025-09-10T01:46:19","date_gmt":"2025-09-10T01:46:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3192"},"modified":"2025-09-10T01:46:19","modified_gmt":"2025-09-10T01:46:19","slug":"malaysia-kutuk-serangan-udara-ke-atas-doha-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-kutuk-serangan-udara-ke-atas-doha-pmx\/","title":{"rendered":"Malaysia kutuk serangan udara ke atas Doha: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia mengecam sekeras-kerasnya terhadap serangan udara rejim Israel yang menyasarkan ibu negara Qatar, Doha, pada Selasa lalu.<\/p>\n<p>Tindakan tersebut dibidas sebagai satu pencabulan serius terhadap kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada Rabu, menegaskan serangan itu bukan sahaja membahayakan nyawa orang awam secara cuai, malah turut mengancam kestabilan rantau yang sedang berada dalam keadaan rapuh.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan serangan ke atas Doha, yang merupakan pusat diplomasi utama di Timur Tengah, sebagai satu tindakan yang biadap terhadap usaha keamanan.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Doha.<\/p>\n<p>\u201cTindakan ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan Qatar dan pencabulan undang-undang antarabangsa,\u201d tegas Anwar.<\/p>\n<p>\u201cIa secara cuai membahayakan nyawa orang awam, menyerang jantung sebuah ibu negara berdaulat, serta mengancam kestabilan rantau yang sememangnya rapuh,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Serangan ini dilihat sebagai satu langkah yang amat provokatif memandangkan Qatar memainkan peranan penting sebagai mediator dalam konflik di rantau tersebut, termasuk dalam rundingan gencatan senjata dan pertukaran tawanan.<\/p>\n<p>Anwar menekankan dengan menyasarkan Qatar, Israel jelas mempamerkan sikap tidak menghormati proses keamanan yang sedang berjalan.<\/p>\n<p>\u201cSerangan sebegini tidak boleh dipertahankan dan sama sekali tidak boleh diterima,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Di sebalik kecaman ini, Malaysia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama Qatar.<\/p>\n<p>Anwar juga menggesa komuniti antarabangsa agar tidak berdiam diri dan mengambil tindakan segera untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas tindakan agresifnya yang keterlaluan itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia mengecam sekeras-kerasnya terhadap serangan udara rejim Israel yang menyasarkan ibu negara Qatar, Doha, pada Selasa lalu. Tindakan tersebut dibidas sebagai satu pencabulan serius terhadap kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada Rabu, menegaskan serangan itu bukan sahaja membahayakan nyawa orang awam secara cuai, malah turut mengancam kestabilan rantau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1635,38,18,1636,928,1638],"authors":[],"class_list":["post-3192","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-doha","tag-malaysia","tag-pmx","tag-qatar","tag-serangan","tag-udara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3192","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3192"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3192\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3193,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3192\/revisions\/3193"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3192"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3192"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3192"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3192"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}