{"id":3196,"date":"2025-09-10T06:05:59","date_gmt":"2025-09-10T06:05:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3196"},"modified":"2025-09-10T06:05:59","modified_gmt":"2025-09-10T06:05:59","slug":"zara-qairina-ditemui-dalam-longkang-tengkuk-berdarah-pengawal-keselamatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zara-qairina-ditemui-dalam-longkang-tengkuk-berdarah-pengawal-keselamatan\/","title":{"rendered":"Zara Qairina ditemui dalam longkang, tengkuk berdarah: Pengawal Keselamatan"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menemui Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tengkuknya berdarah di dalam sebuah longkang pada awal pagi 16 Julai lalu.<\/p>\n<p>Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar, berkata pada mulanya membuat rondaan di asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah kira-kira jam 2 pagi dan mendapati tiada sebarang insiden luar biasa berlaku.<\/p>\n<p>\u201cSaya kemudian bergerak ke blok asrama bersebelahan, iaitu Blok Sumayyah yang juga asrama perempuan untuk membuat rondaan seterusnya,\u201d katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.<\/p>\n<p>Menurut Linah, kira-kira jam 3 pagi, semasa berada di asrama Blok Sumayyah, beliau dimaklumkan oleh seorang pelajar bahawa ada seorang pelajar perempuan pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyah.<\/p>\n<p>\u201cSaya terus menghubungi Ketua Warden Asrama, Ustaz Azhari berkenaan kejadian itu.<\/p>\n<p>\u201cSelepas menghubungi Ketua Warden Asrama tersebut, saya mengambil sekeping gambar Zara dalam keadaan terlentang di longkang berkenaan,\u201d katanya di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.<\/p>\n<p>Dalam keterangannya, Linah turut mendedahkan blok asrama tempat kejadian itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan gril keselamatan di koridor bangunan.<\/p>\n<p>\u201cSetahu saya, tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di blok asrama Rabiatul Adawiyah. Tiada juga gril (palang besi) dipasang di koridor bangunan asrama tersebut,\u201d katanya sambil menambah keadaan itu menyukarkan pemantauan keselamatan pelajar, terutama pada waktu malam.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan ambulans tiba kira-kira jam 4 pagi dan membawa Zara ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan.<\/p>\n<p>Zara Qairina disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada 17 Julai lalu.<\/p>\n<p>Inkues bagi kes kematian Zara Qairina ini diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 13 Ogos lalu setelah meneliti laporan siasatan polis.<\/p>\n<p>Sebelum ini, pada 8 Ogos, AGC juga memaklumkan bahawa kubur Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.<\/p>\n<p>Prosiding inkues tersebut turut dihadiri oleh pasukan pendakwaan serta peguam yang mewakili keluarga Allahyarham dan beberapa remaja yang tertuduh dalam kes buli yang didakwa berkaitan dengan kematiannya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menemui Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tengkuknya berdarah di dalam sebuah longkang pada awal pagi 16 Julai lalu. Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar, berkata pada mulanya membuat rondaan di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2041,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1221,1277,58,1639,1202],"authors":[],"class_list":["post-3196","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-buli","tag-inkues","tag-mahkamah","tag-pengawal-keselamatan","tag-zara-qairina-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3196","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3196"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3196\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3197,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3196\/revisions\/3197"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2041"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3196"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3196"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3196"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3196"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}