{"id":3226,"date":"2025-09-11T03:31:43","date_gmt":"2025-09-11T03:31:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3226"},"modified":"2025-09-11T03:31:43","modified_gmt":"2025-09-11T03:31:43","slug":"kewangan-islam-perlu-bentuk-generasi-pemimpin-beretika-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kewangan-islam-perlu-bentuk-generasi-pemimpin-beretika-anwar\/","title":{"rendered":"Kewangan Islam perlu bentuk generasi pemimpin beretika: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan kewangan Islam mesti memainkan peranan utama bukan sahaja dalam memacu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) malah membentuk generasi pemimpin masa depan yang beretika dan berprinsip.<\/p>\n<p>Ujar Perdana Menteri, kejayaan sistem kewangan Islam tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan saiz aset, tetapi melalui keupayaannya untuk mengubah kehidupan serta menjamin masa depan yang lebih mampan dan adil untuk semua.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah, kita akan terus memperkukuh peranan kewangan Islam dalam memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan dan kita akan membentuk generasi pemimpin masa depan yang beretika,\u201d katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis Global Islamic Finance (GIFA) Laureate hari ini, selepas menerima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025.<\/p>\n<p>\u201cGenerasi beretika, bermakna generasi yang pemimpin percaya terhadap nilai, prinsip-prinsip etika yang akan membawa misi masa depan,\u201d tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan anugerah tersebut bukan hanya untuknya secara peribadi, tetapi merupakan penghargaan untuk semua wira di sebalik tabir yang telah berkorban masa dan tenaga bagi memastikan sistem kewangan Islam terus berkembang dan relevan.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya penghargaan ini kepada mereka semua dan saya hanya satu wakil kecil menerima kepada semua penggerak yang berjasa berkhidmat jauh lebih handal dan bermakna daripada apa yang saya lakukan,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Di sebalik kejayaan ini, Anwar mengingatkan semua yang hadir termasuk isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar, tentang tanggungjawab besar untuk memastikan kewangan Islam benar-benar menepati kerangka Maqasid Shariah yang menekankan keadilan, keseimbangan, dan pemerataan peluang.<\/p>\n<p>Beliau menekankan kewangan Islam tidak boleh lagi dilihat sebagai pilihan alternatif semata-mata, tetapi sebagai satu sistem yang lengkap, menyeluruh dan penuh harapan.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, inilah masa untuk membuktikan bahawa kewangan Islam bukan sekadar alternatif, tetapi masa depan yang lebih adil dan terangkum untuk semua,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan kewangan Islam mesti memainkan peranan utama bukan sahaja dalam memacu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) malah membentuk generasi pemimpin masa depan yang beretika dan berprinsip. Ujar Perdana Menteri, kejayaan sistem kewangan Islam tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan saiz aset, tetapi melalui keupayaannya untuk mengubah kehidupan serta menjamin masa depan yang lebih mampan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3227,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1656,610,287,18,1655],"authors":[],"class_list":["post-3226","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-global-islamic-finance-gifa-laureate","tag-islam","tag-kewangan","tag-pmx","tag-sdg"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3226","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3226"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3226\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3228,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3226\/revisions\/3228"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3227"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3226"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3226"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3226"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3226"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}