{"id":323,"date":"2025-05-23T20:59:56","date_gmt":"2025-05-23T20:59:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=323"},"modified":"2025-05-23T20:59:56","modified_gmt":"2025-05-23T20:59:56","slug":"undi-tertinggi-dalam-pertandingan-mpp-fahmi-bersyukur-dengan-sokongan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/undi-tertinggi-dalam-pertandingan-mpp-fahmi-bersyukur-dengan-sokongan\/","title":{"rendered":"Undi tertinggi dalam pertandingan MPP, Fahmi bersyukur dengan sokongan"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan bagi pemilihan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menyaksikan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil memperoleh undi tertinggi berbanding calon-calon lain.<\/p>\n<p>Berterima kasih dan bersyukur atas sokongan akar umbi, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menganggap pencapaian itu sebagai satu amanah besar yang harus dipikul bersama-sama barisan kepimpinan baharu parti.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat terkejut tetapi pada masa yang sama amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan sokongan luar biasa daripada rakan-rakan serta ahli parti.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan kemenangan peribadi, tetapi satu amanah besar yang saya dan seluruh barisan kepimpinan baharu perlu galas bersama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas keputusan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Dr Zaliha Mustafa.<\/p>\n<p>Keputusan itu diumumkan sejurus selepas Konvensyen Nasional PKR dirasmikan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, pada malam Jumaat.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, fokus utama kini adalah memperkukuhkan gerak kerja parti di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).<\/p>\n<p>\u201cSaya jangka rakan-rakan pimpinan akan mengambil sedikit masa untuk turun ke kawasan masing-masing, menyantuni anggota dan masyarakat. Selepas itu, kita akan gerakkan jentera parti hingga ke akar umbi.<\/p>\n<p>\u201cPesanan Datuk Seri Presiden juga jelas, iaitu kita mesti kukuhkan hubungan antara pimpinan pusat dan anggota akar umbi dengar suara mereka dan bantu dalam apa juga isu yang mereka hadapi,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Selain Fahmi, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet turut memenangi jawatan Ahli MPP PKR bagi penggal 2025\u20132028.<\/p>\n<p>Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 251 calon menawarkan diri untuk bertanding, merangkumi 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK), dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan bagi pemilihan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menyaksikan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil memperoleh undi tertinggi berbanding calon-calon lain. Berterima kasih dan bersyukur atas sokongan akar umbi, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menganggap pencapaian itu sebagai satu amanah besar yang harus dipikul bersama-sama barisan kepimpinan baharu parti. \u201cSaya amat terkejut tetapi pada masa yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":89,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[112,269,14,9,279],"authors":[],"class_list":["post-323","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi","tag-mpp","tag-pemilihan","tag-pkr","tag-tertinggi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/323","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=323"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/323\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":324,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/323\/revisions\/324"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/89"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=323"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=323"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=323"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=323"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}