{"id":3240,"date":"2025-09-11T09:46:32","date_gmt":"2025-09-11T09:46:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3240"},"modified":"2025-09-11T09:46:32","modified_gmt":"2025-09-11T09:46:32","slug":"bersatu-kelantan-nafi-terlibat-gerakan-jatuhkan-muhyiddin-beri-sokongan-penuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-kelantan-nafi-terlibat-gerakan-jatuhkan-muhyiddin-beri-sokongan-penuh\/","title":{"rendered":"Bersatu Kelantan nafi terlibat gerakan jatuhkan Muhyiddin, beri sokongan penuh"},"content":{"rendered":"<p>Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Bersatu Kelantan memberi sokongan padu mereka terhadap Presiden parti, Muhyiddin Yassin, sekaligus menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka pernah mempersoalkan kedudukan Ahli Parlimen Pagoh itu.<\/p>\n<p>Setiausaha Bersatu Kelantan, Mohd Wira Arjuna Muhamad, berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menunjukkan wujud keraguan terhadap kepimpinan Muhyiddin seperti laporan media yang mendakwa wujud konflik baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cSebarang laporan di portal berita atau akhbar yang menimbulkan persepsi seolah-olah ada keraguan daripada Bersatu Kelantan terhadap Presiden parti adalah tidak benar dan bukan daripada sumber rasmi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jelasnya lagi, Muhyiddin telah diberikan mandat secara sebulat suara oleh perwakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025 untuk terus menerajui Bersatu sehingga penggalnya tamat pada tahun 2027.<\/p>\n<p>\u201cBersatu Kelantan kekal berpegang teguh dengan mandat itu serta konsisten menyokong kepimpinan Muhyiddin tanpa berganjak,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya ada mana-mana ahli atau pemimpin yang menyatakan pendirian berbeza, ia adalah pendapat peribadi semata-mata dan sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi Bersatu Kelantan,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Kenyataan ini dikeluarkan sebagai respons kepada laporan media tempatan pada Rabu yang mendakwa sekurang-kurangnya enam daripada 14 ketua bahagian Bersatu di Kelantan mengakui menandatangani akuan bersumpah (SD) yang mendesak Muhyiddin berundur dan menyerahkan jawatan Presiden kepada timbalannya, Hamzah Zainuddin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Bersatu Kelantan memberi sokongan padu mereka terhadap Presiden parti, Muhyiddin Yassin, sekaligus menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka pernah mempersoalkan kedudukan Ahli Parlimen Pagoh itu. Setiausaha Bersatu Kelantan, Mohd Wira Arjuna Muhamad, berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menunjukkan wujud keraguan terhadap kepimpinan Muhyiddin seperti laporan media yang mendakwa wujud [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1035,925,1663,71,1604,1664],"authors":[],"class_list":["post-3240","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hamzah-zainuddin","tag-kelantan","tag-mohd-wira-arjuna-muhamad","tag-muhyiddin","tag-sd","tag-tandatangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3240","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3240"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3240\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3242,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3240\/revisions\/3242"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3240"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3240"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3240"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3240"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}