{"id":3249,"date":"2025-09-12T03:00:12","date_gmt":"2025-09-12T03:00:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3249"},"modified":"2025-09-12T03:00:12","modified_gmt":"2025-09-12T03:00:12","slug":"pmx-terima-jemputan-ke-sidang-kemuncak-tergempar-negara-islam-di-qatar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-terima-jemputan-ke-sidang-kemuncak-tergempar-negara-islam-di-qatar\/","title":{"rendered":"PMX terima jemputan ke Sidang Kemuncak Tergempar Negara Islam di Qatar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menerima jemputan rasmi daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang bakal berlangsung di Doha pada Isnin ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, sidang tersebut merupakan inisiatif Qatar bagi membincangkan situasi terkini di Gaza ekoran serangan berterusan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.<\/p>\n<p>\u201cSaya dapat pagi tadi undangan perjumpaan tergempar ketua-ketua negara Islam di Doha. Emir Qatar minta saya turut hadir,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan kehadirannya adalah tertakluk kepada jadual yang ditetapkan memandangkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.<\/p>\n<p>\u201cJadi kalau jadual itu betul-betul 15 (September), maka kemungkinan besar saya akan cuba hadir, sebab 16 September itu Hari Malaysia. Saya terpaksa ada di sini,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Tegas Anwar, mesyuarat itu penting untuk merangka tindakan susulan berhubung krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.<\/p>\n<p>Beliau juga menjawab kritikan terhadap pendirian Malaysia dalam isu tersebut dengan menekankan kerajaannya tetap akan bersuara berdasarkan nilai kemanusiaan sejagat.<\/p>\n<p>\u201cSaya nak beritahu semua agama dan budaya kita itu menekankan soal kemanusiaan.<\/p>\n<p>\u201cJanganlah sampai kita bicara soal budaya, soal kemajuan, soal kaum, soal agama tetapi orang, anak-anak kecil dibunuh, rumah dimusnahkan, tidak ada memberi kesan kepada kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, mengenai isu keselamatan di Bintulu ekoran penurunan permintaan eksport gas cecair asli (LNG), Anwar memaklumkan tiada gangguan besar dilaporkan setakat ini.<\/p>\n<p>\u201cPETRONAS memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga dan kita telah kerahkan pasukan polis serta keselamatan bagi mengawal kawasan itu sepenuhnya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan kawasan tersebut adalah strategik, dan sebarang ancaman keselamatan boleh menjejaskan operasi eksport LNG negara dalam jangka panjang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menerima jemputan rasmi daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang bakal berlangsung di Doha pada Isnin ini. Perdana Menteri berkata, sidang tersebut merupakan inisiatif Qatar bagi membincangkan situasi terkini di Gaza ekoran serangan berterusan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. \u201cSaya dapat pagi tadi undangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,329,38,18,1636,1671,1672],"authors":[],"class_list":["post-3249","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-gaza","tag-malaysia","tag-pmx","tag-qatar","tag-sheikh-tamim-bin-hamad-al-thani","tag-sidang-kemuncak-tergempar-arab-islam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3249","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3249"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3249\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3250,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3249\/revisions\/3250"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3249"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3249"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3249"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3249"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}