{"id":3259,"date":"2025-09-12T06:30:51","date_gmt":"2025-09-12T06:30:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3259"},"modified":"2025-09-12T06:30:51","modified_gmt":"2025-09-12T06:30:51","slug":"konflik-parti-komponen-bn-najib-gesa-mic-dan-mca-jangan-berpecah-pemuda-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/konflik-parti-komponen-bn-najib-gesa-mic-dan-mca-jangan-berpecah-pemuda-bn\/","title":{"rendered":"Konflik parti komponen BN, Najib gesa MIC dan MCA jangan berpecah: Pemuda BN"},"content":{"rendered":"<p>Najib Tun Razak menggesa semua parti komponen terus mempertahankan warisan perjuangan Barisan Nasional (BN) dan tidak berpecah belah kerana perpecahan hanya akan meruntuhkan gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Pemuda BN, Neow Choo Seong yang disampaikan oleh Najib secara peribadi ketika mereka berjumpa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semasa prosiding kes bekas perdana menteri itu Khamis lalu.<\/p>\n<p>Choo Seong, yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda MCA, menegaskan ke hadirannya ke mahkamah bukanlah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada parti, sebaliknya bagi menyatakan sokongan dan solidariti kepada bekas pengerusi BN itu.<\/p>\n<p>\u201cHari ini saya ke mahkamah bukan untuk mengucap \u2018selamat tinggal\u2019, tetapi dengan penuh doa dan harapan menanti detik untuk berkata, \u2018Selamat kembali\u2019 kepada Datuk Seri Najib,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berkongsi pesanan peribadi daripada Najib menerusi satu hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>\u201cPesan beliau menusuk jiwa iaitu warisan perjuangan BN mesti terus dipertahankan. Inilah amanah, inilah semangat perjuangan, bersatu kita teguh bercerai kita roboh!\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan ini susulan laporan media pada Selasa lalu yang memetik sumber mengatakan bahawa pucuk pimpinan MIC telah mengadakan pertemuan dengan Najib bagi memaklumkan hala tuju parti dan mengucapkan &#8216;sayonara&#8217; atau selamat tinggal kepada BN.<\/p>\n<p>Laporan tersebut mendakwa pertemuan yang dihadiri Presiden MIC, SA Vigneswaran, serta beberapa pemimpin kanan parti itu berlangsung selama hampir satu jam.<\/p>\n<p>Spekulasi mengenai masa depan parti komponen BN semakin memuncak ekoran bayangan yang diberikan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin kemungkinan gabungan itu mungkin diperkukuh dengan penyertaan MIC dan MCA menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Najib Tun Razak menggesa semua parti komponen terus mempertahankan warisan perjuangan Barisan Nasional (BN) dan tidak berpecah belah kerana perpecahan hanya akan meruntuhkan gabungan tersebut. Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Pemuda BN, Neow Choo Seong yang disampaikan oleh Najib secara peribadi ketika mereka berjumpa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semasa prosiding kes bekas perdana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,180,377,121,383,171,381,146],"authors":[],"class_list":["post-3259","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-mca","tag-mic","tag-najib","tag-neow-choo-seong","tag-pemuda","tag-perpecahan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3259","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3259"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3259\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3260,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3259\/revisions\/3260"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3259"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3259"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3259"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3259"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}