{"id":3264,"date":"2025-09-13T04:29:13","date_gmt":"2025-09-13T04:29:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3264"},"modified":"2025-09-13T04:45:50","modified_gmt":"2025-09-13T04:45:50","slug":"pemuda-dap-kecam-akmal-jangan-jadikan-sekolah-vernakular-kambing-hitam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-dap-kecam-akmal-jangan-jadikan-sekolah-vernakular-kambing-hitam\/","title":{"rendered":"Pemuda DAP kecam Akmal jangan jadikan sekolah vernakular \u2018kambing hitam\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pemimpin Pemuda DAP (DAPSY) mengecam Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh kerana didakwa cuba mengalih perhatian daripada isu sistem kemasukan universiti awam (UPU) dengan memainkan sentimen perkauman dan menyalahkan sekolah vernakular.<\/p>\n<p>Kritikan itu dilontarkan susulan kenyataan Akmal yang mempersoalkan sama ada rakyat akan bersetuju dengan sistem sekolah aliran tunggal, ekoran desakan sesetengah pihak agar sistem matrikulasi dimansuhkan dan digantikan dengan keputusan STPM sebagai penanda aras tunggal kemasukan ke universiti awam.<\/p>\n<p>Pengarah Hal Ehwal Universiti DAPSY, Koh Ling Xian, dalam kenyataannya menegaskan Akmal tidak wajar mengaitkan isu kemasukan universiti dengan sistem aliran Cina.<\/p>\n<p>\u201cKenyataan Akmal hanya bertujuan mengaburi isu sebenar dan menyalakan sentimen kaum secara murahan. Sekolah jenis kebangsaan bukan masalahnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>\u201cMenyamakan sekolah pelbagai aliran dengan polemik Matrikulasi adalah membandingkan dua perkara yang tidak setara,\u201d tambah Ling Xian.<\/p>\n<p>Ling Xian menekankan sekolah vernakular terbuka kepada semua kaum dan tidak berasaskan kuota etnik.<\/p>\n<p>Menurut Ling Xian, punca sebenar masalah ialah jurang antara sistem matrikulasi dan STPM, serta perbezaan sistem pemarkahan yang menyebabkan pelajar STPM sering terpinggir.<\/p>\n<p>\u201cKesan akhirnya ialah penghijrahan bakat ke luar negara untuk melanjutkan pengajian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan isu ini adalah soal keadilan prosedur, bukan kaum.<\/p>\n<p>\u201cPendirian DAPsy adalah jelas di mana Malaysia perlu bergerak ke arah sistem kemasukan universiti yang diseragamkan, telus, berasaskan merit dengan perlindungan sewajarnya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Ling Xian juga menggesa Akmal agar menghentikan politik populis yang mengelirukan rakyat. Anak muda menuntut dasar yang progresif, adil dan membina, bukan slogan, bukan kambing hitam, dan bukan permainan sentimen.<\/p>\n<p>Sebaliknya, DAPSY memuji cadangan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga Speaker DUN Pahang, Sharkar Shamsudin yang dilihat lebih konstruktif.<\/p>\n<p>Sharkar sebelum ini mencadangkan agar lepasan STPM diberi laluan berasingan ke universiti awam tanpa melalui UPU.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pemimpin Pemuda DAP (DAPSY) mengecam Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh kerana didakwa cuba mengalih perhatian daripada isu sistem kemasukan universiti awam (UPU) dengan memainkan sentimen perkauman dan menyalahkan sekolah vernakular. Kritikan itu dilontarkan susulan kenyataan Akmal yang mempersoalkan sama ada rakyat akan bersetuju dengan sistem sekolah aliran tunggal, ekoran desakan sesetengah pihak agar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,1677,857,1181,1675,171,974,146,1678,1676],"authors":[],"class_list":["post-3264","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-aliran","tag-cina","tag-dapsy","tag-koh-ling-xian","tag-pemuda","tag-sekolah","tag-umno","tag-upu","tag-vernakular"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3264","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3264"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3264\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3265,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3264\/revisions\/3265"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3264"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3264"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3264"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3264"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}