{"id":3271,"date":"2025-09-13T04:45:41","date_gmt":"2025-09-13T04:45:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3271"},"modified":"2025-09-13T04:45:41","modified_gmt":"2025-09-13T04:45:41","slug":"nilai-kemanusiaan-perlu-dijadikan-teras-pembangunan-negara-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/nilai-kemanusiaan-perlu-dijadikan-teras-pembangunan-negara-anwar\/","title":{"rendered":"Nilai kemanusiaan perlu dijadikan teras pembangunan negara: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan pembangunan sebuah negara maju perlu berteraskan nilai-nilai kemanusiaan seperti akhlak, disiplin, dan semangat ihsan, dan bukan hanya dilihat daripada pencapaian ekonomi, teknologi digital atau kecerdasan buatan (AI) semata-mata.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata petanda kejayaan sesebuah negara adalah berasaskan kepada nilai kemanusiaannya.<\/p>\n<p>\u201cKita bangga dengan ilmu dan kecemerlangan dalam pendidikan, kita bangga dengan kemahiran, tapi kita harus lebih bangga mengasah nilai karamah insan,\u201d katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) ke-27 di Pantai Tanjung Leman hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, nilai-nilai murni yang ditekankan dalam persatuan pengakap seperti disiplin, kemahiran dan persaudaraan amat penting untuk diterapkan dalam kehidupan.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia sebagai negara Madani betul nak pacu pertumbuhan ekonomi, betul nak menguasai digital, tenaga baharu, AI, tetapi yang kita nak latih dan pupuk itu semangat manusia,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>\u201cManusia ini tidak boleh dibentuk hanya dengan mesin, dia dibentuk dengan akhlak, disiplin, dengan semangat ihsan antara kawan-kawan, keluarga, kawan-kawan sekolah dan pelbagai kaum serta agama di negara kita ini,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Anwar turut menyentuh prinsip Islam yang menekankan kasih sayang terhadap sesama makhluk mesti menjadi panduan, kerana tanpanya manusia akan menjadi rakus sehingga merosakkan alam sekitar.<\/p>\n<p>Beliau juga mengaitkan isu sosial seperti gejala buli di sekolah sebagai perbuatan yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan sebenar.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Pengakap Malaysia bagi menjayakan program perkhemahan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cUntuk perkhemahan ini saya umum RM100,000. Saya cuba paling lambat hari Isnin ini (supaya peruntukan itu diluluskan) kerana kita tidak mahu lambatkan (proses penyalurannya),\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Anwar turut merakamkan penghargaan kepada para pengakap dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Indonesia, dan Hong Kong yang hadir, yang disifatkannya sebagai bukti persahabatan merentasi sempadan.<\/p>\n<p>Perhimpunan yang berlangsung hingga 17 September ini menghimpunkan lebih 4,000 pengakap bagi memperkukuh disiplin, perpaduan dan persahabatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan pembangunan sebuah negara maju perlu berteraskan nilai-nilai kemanusiaan seperti akhlak, disiplin, dan semangat ihsan, dan bukan hanya dilihat daripada pencapaian ekonomi, teknologi digital atau kecerdasan buatan (AI) semata-mata. Perdana Menteri berkata petanda kejayaan sesebuah negara adalah berasaskan kepada nilai kemanusiaannya. \u201cKita bangga dengan ilmu dan kecemerlangan dalam pendidikan, kita bangga dengan kemahiran, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":819,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1679,285,1680,18],"authors":[],"class_list":["post-3271","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-kemanusiaan","tag-madani","tag-perhimpunan-agung-pengakap-johor","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3271","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3271"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3271\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3272,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3271\/revisions\/3272"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/819"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3271"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3271"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3271"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3271"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}