{"id":3283,"date":"2025-09-13T09:00:25","date_gmt":"2025-09-13T09:00:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3283"},"modified":"2025-09-13T09:00:25","modified_gmt":"2025-09-13T09:00:25","slug":"anwar-kutuk-keganasan-dicetus-regim-ke-atas-enam-negara-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-kutuk-keganasan-dicetus-regim-ke-atas-enam-negara-islam\/","title":{"rendered":"Anwar kutuk keganasan dicetus regim ke atas enam negara Islam"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengutuk keras rejim Zionis Israel atas serangan biadabnya yang dilancarkan terhadap enam buah negara dalam tempoh yang singkat, menyifatkannya sebagai suatu tindakan yang agresif dan tidak berperikemanusiaan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata kkekejaman itu disokong secara terbuka oleh kuasa-kuasa besar dunia, lantas membiarkan rejim tersebut terus bermaharajalela.<\/p>\n<p>\u201cSatu negara boleh biadab dengan begitu rupa, dalam seminggu dua menyerang enam negara,\u201d katanya ketika berucap pada majlis penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 hari ini.<\/p>\n<p>Anwar menambah Malaysia akan terus memperkukuh sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin serta mengutuk keganasan Zionis pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang akan berlangsung di Doha, Qatar pada Isnin ini (15 September).<\/p>\n<p>Beliau menerima jemputan rasmi daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, untuk menghadiri sidang tersebut bagi membincangkan situasi genting di Palestin, khususnya di Gaza.<\/p>\n<p>Ekoran itu, Perdana Menteri terpaksa menarik diri daripada beberapa acara rasmi yang dijadualkan pada hujung minggu ini.<\/p>\n<p>Menurut laporan media antarabangsa, Israel melancarkan serangan ke atas enam negara dalam tempoh tiga hari, termasuk Qatar, Palestin, Lubnan, Syria, Tunisia, dan Yaman.<\/p>\n<p>Antara serangan tersebut ialah serangan dron terhadap kapal utama Global Sumud Flotilla (GSF) di Tunisia dan serangan udara ke atas Doha dengan alasan kononnya menyasarkan kepimpinan Hamas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengutuk keras rejim Zionis Israel atas serangan biadabnya yang dilancarkan terhadap enam buah negara dalam tempoh yang singkat, menyifatkannya sebagai suatu tindakan yang agresif dan tidak berperikemanusiaan. Perdana Menteri berkata kkekejaman itu disokong secara terbuka oleh kuasa-kuasa besar dunia, lantas membiarkan rejim tersebut terus bermaharajalela. \u201cSatu negara boleh biadab dengan begitu rupa, dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1683,610,328,18,1684],"authors":[],"class_list":["post-3283","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-arab","tag-islam","tag-palestine","tag-pmx","tag-zionis"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3283","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3283"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3283\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3284,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3283\/revisions\/3284"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3283"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3283"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3283"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3283"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}