{"id":3285,"date":"2025-09-13T09:07:49","date_gmt":"2025-09-13T09:07:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3285"},"modified":"2025-09-13T09:07:49","modified_gmt":"2025-09-13T09:07:49","slug":"pas-yakin-sasaran-menang-80-kerusi-parlimen-boleh-dicapai-mohd-amar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-yakin-sasaran-menang-80-kerusi-parlimen-boleh-dicapai-mohd-amar\/","title":{"rendered":"PAS yakin sasaran menang 80 kerusi Parlimen boleh dicapai: Mohd Amar"},"content":{"rendered":"<p>PAS yakin mampu memenangi 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sekiranya strategi parti itu untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu berjaya dilaksanakan.<\/p>\n<p>Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, mengakui usaha tersebut adalah suatu yang mencabar, namun menegaskan parti itu mempunyai pendekatan dan perancangan strategik ke arah mencapai matlamat tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKita yakin boleh menang 80 kerusi. Kita ada perancangan dan strategi untuk tambah sokongan pengundi bukan Melayu, sebab akhir-akhir ini ramai mereka kecewa dengan prestasi Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Jadi kita harap dengan kekecewaan ini dan dengan pendekatan kita yang betul dan bijaksana kita boleh menarik sokongan mereka,\u201d katanya ketika berucap pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS hari ini.<\/p>\n<p>Beliau juga menolak tanggapan PAS tidak mempunyai calon yang sesuai untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Menurutnya, parti itu mempunyai ramai calon yang layak, termasuk dirinya sendiri.<\/p>\n<p>\u201cMengapa tak ada (calon PM), saya boleh jadi Perdana Menteri, apa masalahnya\u2026 cuma kita tengok apa keperluan kita menyebut calon Perdana Menteri (ketika ini).<\/p>\n<p>\u201cBagi PAS, kami sejak dahulu lagi memang tak pernah menampilkan &#8216;poster boy&#8217; sebab kepentingan kita adalah fokus untuk menang. Apabila menang, sesiapa (yang) layak dipilih\u2026 sebab isu Perdana Menteri atau Menteri Besar ini parti hanya boleh cadang, tapi yang tentukan Agong dan Sultan, jadi kita kena hormat juga sensitiviti itu,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>PAS memenangi 43 kerusi Parlimen pada PRU-15, rekod kemenangan tertinggi pernah direkod parti Islam tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS yakin mampu memenangi 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sekiranya strategi parti itu untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu berjaya dilaksanakan. Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, mengakui usaha tersebut adalah suatu yang mencabar, namun menegaskan parti itu mempunyai pendekatan dan perancangan strategik ke arah mencapai matlamat tersebut. \u201cKita yakin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3286,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[136,100,1686,1685,309,126,1079,101],"authors":[],"class_list":["post-3285","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-calon","tag-kerusi","tag-menang","tag-mohd-amar","tag-parlimen","tag-pas","tag-pm","tag-pru-16"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3285","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3285"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3285\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3287,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3285\/revisions\/3287"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3286"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3285"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3285"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3285"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3285"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}