{"id":3293,"date":"2025-09-14T05:09:30","date_gmt":"2025-09-14T05:09:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3293"},"modified":"2025-09-14T05:09:30","modified_gmt":"2025-09-14T05:09:30","slug":"mp-sungai-petani-diugut-as100000-jadi-mangsa-video-lucah-ai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mp-sungai-petani-diugut-as100000-jadi-mangsa-video-lucah-ai\/","title":{"rendered":"MP Sungai Petani diugut AS$100,000 jadi mangsa video lucah AI"},"content":{"rendered":"<p>Seorang lagi Ahli Parlimen (MP) PKR, Dr. Mohammed Taufiq Johari menjadi mangsa ugutan siber melibatkan kandungan video lucah palsu yang dipercayai dicipta menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n<p>MP Sungai Petani itu didesak membayar wang tebusan sebanyak AS$100,000 bagi mengelakkan video berkenaan disebarkan secara meluas.<\/p>\n<p>Peristiwa ini menyusuli insiden serupa yang sebelum ini menimpa MP Pandan, Rafizi Ramli, dan MP Subang, Wong Chen.<\/p>\n<p>Menerusi satu kenyataan di Facebook, Dr. Mohammed Taufiq mendedahkan menerima e-mel ugutan daripada satu akaun tidak dikenali pada 12 September lepas.<\/p>\n<p>E-mel tersebut mengandungi satu video lucah yang memaparkan imejnya yang telah dimanipulasi menggunakan teknologi AI.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin menegaskan ugutan ini adalah perbuatan jenayah siber yang amat serius. Justeru, saya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan lanjut berhubung penyalahgunaan teknologi AI dalam cubaan menyebarkan fitnah dan pornografi palsu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga mengesahkan akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan terhadap e-mel berkenaan yang dipercayai datang daripada pihak tidak bertanggungjawab.<\/p>\n<p>Dr. Mohammed Taufiq turut menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sebarang bentuk penipuan atau ugutan menerusi Internet.<\/p>\n<p>\u201cPenyebaran kandungan palsu sebegini bukan saja mencemarkan maruah individu, tetapi juga mengancam keselamatan masyarakat secara keseluruhan,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Sementara itu, pada Jumaat lepas, Rafizi dilaporkan turut menerima ugutan sama yang membabitkan satu rakaman video seks yang didakwa menunjukkannya bersama seorang lelaki lain.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan rakaman berkenaan dipercayai adalah klip lama yang disunting semula bagi tujuan fitnah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang lagi Ahli Parlimen (MP) PKR, Dr. Mohammed Taufiq Johari menjadi mangsa ugutan siber melibatkan kandungan video lucah palsu yang dipercayai dicipta menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). MP Sungai Petani itu didesak membayar wang tebusan sebanyak AS$100,000 bagi mengelakkan video berkenaan disebarkan secara meluas. Peristiwa ini menyusuli insiden serupa yang sebelum ini menimpa MP Pandan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3294,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[250,1690,1368,9,1689,1433,1172],"authors":[],"class_list":["post-3293","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ai","tag-dr-mohammed-taufiq","tag-lucah","tag-pkr","tag-sungai-petani","tag-ugut","tag-video"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3293","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3293"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3293\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3295,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3293\/revisions\/3295"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3294"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3293"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3293"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3293"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3293"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}