{"id":3299,"date":"2025-09-14T05:28:15","date_gmt":"2025-09-14T05:28:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3299"},"modified":"2025-09-14T05:28:15","modified_gmt":"2025-09-14T05:28:15","slug":"kerani-di-johor-rugi-lebih-rm500000-ditipu-janji-pelaburan-palsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerani-di-johor-rugi-lebih-rm500000-ditipu-janji-pelaburan-palsu\/","title":{"rendered":"Kerani di Johor rugi lebih RM500,000 ditipu janji pelaburan palsu"},"content":{"rendered":"<p>Seorang kerani akaun wanita berusia 46 tahun mengalami kerugian besar berjumlah RM527,681.17 selepas diperdaya oleh sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menawarkan pulangan tinggi.<\/p>\n<p>Mangsa yang berhasrat untuk menambah pendapatan, mula-mula menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali pada 12 Jun lepas.<\/p>\n<p>Lelaki itu menawarkan pelaburan dalam permainan pertaruhan dengan jaminan keuntungan sehingga lima peratus.<\/p>\n<p>Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudiannya mendaftar melalui pautan yang diberikan dan melakukan pindahan wang pertama sebanyak RM10,000.<\/p>\n<p>Selepas \u2018berjaya\u2019 mengeluarkan keuntungan RM1,000, mangsa terus yakin dan melakukan lebih banyak pindahan wang.<\/p>\n<p>\u201cDalam tempoh antara 14 Julai hingga 4 September, mangsa telah melakukan beberapa transaksi ke sembilan akaun bank berbeza, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM527,681.17. Mangsa hanya tersedar telah ditipu setelah suspek terus meminta lebih banyak bayaran untuk membenarkan pengeluaran keuntungan,\u201d jelas ACP Raub dalam kenyataannya.<\/p>\n<p>Beliau mendedahkan siasatan awal mendapati semua wang yang hilang adalah daripada simpanan peribadi mangsa.<\/p>\n<p>\u201cPolis sedang menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk mendapatkan butiran akaun bank yang terlibat dan bekerjasama dengan pihak pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk mengesan suspek. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>ACP Raub turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada.<\/p>\n<p>\u201cJangan mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat. Sentiasa semak sebarang akaun mencurigakan di portal Semak Mule (https:\/\/semakmule.rmp.gov.my) dan laporkan sebarang aktiviti penipuan kepada National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang kerani akaun wanita berusia 46 tahun mengalami kerugian besar berjumlah RM527,681.17 selepas diperdaya oleh sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menawarkan pulangan tinggi. Mangsa yang berhasrat untuk menambah pendapatan, mula-mula menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali pada 12 Jun lepas. Lelaki itu menawarkan pelaburan dalam permainan pertaruhan dengan jaminan keuntungan sehingga lima peratus. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3201,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1692,630,504,94,34,1691],"authors":[],"class_list":["post-3299","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-acp-raub-selamat","tag-johor","tag-pelaburan","tag-polis","tag-scam","tag-tipu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3299","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3299"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3299\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3300,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3299\/revisions\/3300"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3299"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3299"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3299"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3299"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}