{"id":3319,"date":"2025-09-14T11:06:29","date_gmt":"2025-09-14T11:06:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3319"},"modified":"2025-09-14T11:06:29","modified_gmt":"2025-09-14T11:06:29","slug":"10-ahli-politik-terima-e-mel-ugutan-video-ai-palsu-termasuk-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/10-ahli-politik-terima-e-mel-ugutan-video-ai-palsu-termasuk-fahmi\/","title":{"rendered":"10 ahli politik terima e-mel ugutan video AI palsu termasuk Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengambil berat dengan laporan beberapa wakil rakyat menerima e-mel ugutan yang disertakan tangkapan layar video palsu dicipta menggunakan kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n<p>E-mel berkenaan mengugut untuk menyebarkan video tersebut sekiranya mangsa tidak membuat bayaran wang tebusan sebanyak USD100,000 (RM476,450).<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengesahkan turut menerima e-mel berunsur ugutan yang sama, yang dipercayai dihantar daripada alamat e-mel yang sama menggunakan aplikasi Gmail.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, ahli politik yang setakat ini menerima ugutan tersebut ialah Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli, Wong Chen, Taufiq Johari, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Najwan Halimi dan Fahmi Ngah; senator PKR Manolan Mohamad; serta ADUN Gerakan Wong Chia Zhen.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan memandang serius insiden ini, dan saya telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menjejak penjenayah tersebut,\u201d jelas Fahmi.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan perbuatan menghantar komunikasi jelik dengan niat mengugut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Madani tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan teknologi untuk melakukan ugutan atau memperdaya rakyat. Segala usaha akan digembleng bagi memastikan penjenayah dibawa ke muka pengadilan,\u201d tegas Fahmi.<\/p>\n<p>Tindakan itu juga boleh disiasat di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengambil berat dengan laporan beberapa wakil rakyat menerima e-mel ugutan yang disertakan tangkapan layar video palsu dicipta menggunakan kecerdasan buatan (AI). E-mel berkenaan mengugut untuk menyebarkan video tersebut sekiranya mangsa tidak membuat bayaran wang tebusan sebanyak USD100,000 (RM476,450). Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengesahkan turut menerima e-mel berunsur ugutan yang sama, yang dipercayai dihantar daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1045,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[250,1702,49,16,43,9,762,1172],"authors":[],"class_list":["post-3319","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ai","tag-emel","tag-fahmi-fadzil","tag-mcmc","tag-pdrm","tag-pkr","tag-ugutan","tag-video"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3319","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3319"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3319\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3320,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3319\/revisions\/3320"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1045"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3319"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3319"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3319"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3319"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}