{"id":3327,"date":"2025-09-15T04:44:31","date_gmt":"2025-09-15T04:44:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3327"},"modified":"2025-09-15T04:44:31","modified_gmt":"2025-09-15T04:44:31","slug":"hadi-awang-tolak-tawaran-jadi-pm-isu-calon-ditentukan-selepas-menang-pru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hadi-awang-tolak-tawaran-jadi-pm-isu-calon-ditentukan-selepas-menang-pru\/","title":{"rendered":"Hadi Awang tolak tawaran jadi PM, isu calon ditentukan selepas menang PRU"},"content":{"rendered":"<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menolak kemungkinan beliau akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan keutamaan utama PAS buat masa ini adalah untuk memenangi pilihan raya terlebih dahulu sebelum membincangkan calon yang layak memegang jawatan tertinggi itu.<\/p>\n<p>&#8220;Kita bersedia untuk memimpin Malaysia, tapi keutamaan kita adalah menang pilihan raya dahulu dan mendapat cukup sokongan. Bila menang, masalah siapa memimpin akan dipilih secara dalaman parti PN,&#8221; katanya kepada media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-71 hari ini.<\/p>\n<p>Hadi juga menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang layak iaitu berilmu, kuat tubuh badan dan berintegriti.<\/p>\n<p>&#8220;Orang umur 70 tahun lebih macam saya ini sudah tak layak, jadi penasihat bolehlah. Biar yang umur 70 ke bawah jadi Perdana Menteri dan orang itu kuat,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, dalam ucapannya di muktamar tersebut, Hadi mengkritik hebat slogan &#8216;Malaysia Madani&#8217; yang diperkenalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa konsep itu hanyalah alat untuk menipu rakyat dan menyerupai gerakan pembaharuan Barat yang boleh memesongkan akidah.<\/p>\n<p>&#8220;Madani yang sebenar ialah Islam wajib berkuasa memerintah urusan manusia. Masalahnya \u2018Malaysia Madani\u2019 dijadikan slogan untuk menipu rakyat dengan kefahaman yang sempit tanpa ilmu; hanya sekadar menipu tanpa haluan dan petunjuk,&#8221; tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Abdul Hadi turut membangkitkan isu ekonomi negara dengan menyatakan keperluan untuk menyusun semula ekonomi agar kekayaan tidak hanya berputar dalam kalangan tertentu sahaja.<\/p>\n<p>Beliau menekankan pentingnya merakyatkan ekonomi dan mengelakkan amalan riba yang diharamkan.<\/p>\n<p>&#8220;Kita perlu merakyatkan ekonomi dengan penglibatan rakyat untuk menggerakkan ekonomi, seterusnya memastikan limpahan ekonomi dapat dinikmati oleh rakyat terbanyak,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menolak kemungkinan beliau akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan keutamaan utama PAS buat masa ini adalah untuk memenangi pilihan raya terlebih dahulu sebelum membincangkan calon yang layak memegang jawatan tertinggi itu. &#8220;Kita bersedia untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":873,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,136,71,126,1079,581,101],"authors":[],"class_list":["post-3327","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-calon","tag-muhyiddin","tag-pas","tag-pm","tag-presiden","tag-pru-16"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3327","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3327"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3327\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3328,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3327\/revisions\/3328"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3327"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3327"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3327"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3327"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}