{"id":3338,"date":"2025-09-15T11:12:13","date_gmt":"2025-09-15T11:12:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3338"},"modified":"2025-09-15T11:12:13","modified_gmt":"2025-09-15T11:12:13","slug":"pegawai-imigresen-simpan-rm1-5-juta-hasil-rasuah-dalam-akaun-th-asb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pegawai-imigresen-simpan-rm1-5-juta-hasil-rasuah-dalam-akaun-th-asb\/","title":{"rendered":"Pegawai imigresen simpan RM1.5 juta hasil rasuah dalam akaun TH, ASB"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pegawai Jabatan Imigresen yang disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah didapati menyimpan wang haram berjumlah RM1.5 juta melalui pelaburan dalam Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).<\/p>\n<p>Tindakan itu dikesan menerusi Op Rentas yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, suspek bukan sahaja menyimpan wang tersebut dalam akaun peribadinya, tetapi turut melibatkan akaun ahli keluarganya termasuk isteri dan anak.<\/p>\n<p>\u201cSuspek dipercayai bersekongkol dengan sindiket &#8216;counter setting&#8217; dengan menerima rasuah bagi memudahkan kemasukan warga asing tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan,\u201d jelas Ahmad Khusairi.<\/p>\n<p>Selain wang yang disimpan dalam akaun pelaburan, SPRM juga merampas barangan kemas bernilai RM60,000 serta wang tunai RM13,900.<\/p>\n<p>Operasi yang dijalankan secara serentak di empat negeri itu turut mendedahkan seorang pegawai wanita menyimpan wang tunai sebanyak RM125,000 di atas bumbung rumahnya, serta barangan kemas bernilai RM15,000.<\/p>\n<p>Seorang lagi suspek wanita didapati memiliki barangan kemas dianggarkan bernilai RM80,000, wang tunai RM41,470, dan 13,300 baht Thailand (bersamaan RM1,761).<\/p>\n<p>Menurut laporan, pasangan suami isteri yang juga pegawai imigresen itu didakwa menggunakan wang rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal sekitar RM600,000.<\/p>\n<p>Kedai tersebut dikendalikan oleh proksi iaitu adik ipar dan anak mereka.<\/p>\n<p>Ahmad Khusairi menegaskan, siasatan masih dijalankan bagi membongkar rangkaian rasuah dan penyelewengan yang melibatkan kemasukan warga asing tanpa dokumen lengkap.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pegawai Jabatan Imigresen yang disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah didapati menyimpan wang haram berjumlah RM1.5 juta melalui pelaburan dalam Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tindakan itu dikesan menerusi Op Rentas yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur. Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, suspek bukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1709,1087,160,24,21],"authors":[],"class_list":["post-3338","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-khusairi-yahaya","tag-akaun","tag-imigresen","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3338","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3338"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3338\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3339,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3338\/revisions\/3339"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3338"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3338"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3338"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3338"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}