{"id":3351,"date":"2025-09-16T04:35:37","date_gmt":"2025-09-16T04:35:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3351"},"modified":"2025-09-16T04:35:37","modified_gmt":"2025-09-16T04:35:37","slug":"malaysia-kecam-serangan-regim-ke-atas-doha-anwar-gesa-tindakan-tegas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-kecam-serangan-regim-ke-atas-doha-anwar-gesa-tindakan-tegas\/","title":{"rendered":"Malaysia kecam serangan regim ke atas Doha, Anwar gesa tindakan tegas"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Doha, Qatar, dengan menyifatkannya sebagai satu pencabulan kedaulatan dan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menyatakan pendirian tegas semasa menyampaikan ucapan semasa menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha dengan menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan \u201crakus dan biadab\u201d yang bukan sahaja menggugat kestabilan rantau tetapi juga menjejaskan usaha perdamaian yang digerakkan oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.<\/p>\n<p>\u201cMenyerang Doha bererti menyerang usaha perdamaian seluruh dunia Arab, Islam dan masyarakat antarabangsa,\u201d tegas Anwar dalam kenyataannya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan dunia tentang tragedi berterusan di Gaza, di mana hospital, kediaman awam, dan kanak-kanak tidak berdosa terus menjadi mangsa keganasan.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu melangkah lebih jauh daripada sekadar mengeluarkan kenyataan kecaman.<\/p>\n<p>\u201cKecaman semata-mata tidak lagi memadai. Tindakan tegas termasuk memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim Zionis ini perlu dilaksanakan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Reaksi Malaysia selari dengan kemarahan yang ditunjukkan oleh Qatar.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Qatar menyifatkan serangan tersebut sebagai \u201cpengganasan negara\u201d yang memusnahkan sebarang peluang untuk proses pembebasan tebusan dan merosakkan inisiatif perdamaian.<\/p>\n<p>Kecaman tersebut turut disertai oleh negara-negara Arab dan Islam yang lain.<\/p>\n<p>Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memanggil diplomat Israel bagi menyampaikan protes rasmi.<\/p>\n<p>Anwar menutup kenyataannya dengan tekad Malaysia untuk terus berdiri teguh bersama Qatar, Palestin, dan semua pihak yang memperjuangkan keadilan.<\/p>\n<p>\u201cSemoga Allah SWT mengurniakan kita keberanian melawan kezaliman serta kekuatan untuk mempertahankan kebenaran dan maruah umat,\u201d doanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Doha, Qatar, dengan menyifatkannya sebagai satu pencabulan kedaulatan dan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa. Perdana Menteri menyatakan pendirian tegas semasa menyampaikan ucapan semasa menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha dengan menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan \u201crakus dan biadab\u201d yang bukan sahaja menggugat kestabilan rantau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3352,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1635,610,38,18,1715,928,1684],"authors":[],"class_list":["post-3351","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-doha","tag-islam","tag-malaysia","tag-pmx","tag-regim","tag-serangan","tag-zionis"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3351","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3351"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3351\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3353,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3351\/revisions\/3353"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3352"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3351"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3351"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3351"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3351"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}